Thursday, November 17, 2011

7 Kategori Kaya


Assalamualaikum boys and cute girls...petang ni rase nak story-mory cikit tentang kategori2 kaya... 

Dalam dunia moden ini kekayaan itu boleh dibahagikan kepada tujuh kategori:
1.      
         1.  Kaya Dalaman
Memiliki set minda yang positif, harga diri yang tinggi, ketenangan dalaman dan kekuatan spiritual yang tinggi.

2.       2.Kaya Kesihatan
Health is wealth (kesihatan itu kekayaan). Tiada gunanya kejayaan dalam pekerjaan, keuntungan dalam perniagaan jika jatuh sakit dalam usaha mengejarnya.


3.       3.Kaya Perhubungan
Jika perhubungan kita dengan keluarga dan orang di sekeliling dalam keadaan baik dan harmoni, kehidupan akan dapat dijalankan dengan lebih baik. Keluarga mesti diutamakan kerana disitulah terkumpulnya orang yang paling kita sayangi.

4.      4. Kaya Legasi
Buatlah sesuatu yang terus hidup setelah kita mati. Itulah yang sering dipesankan oleh orang yang bijaksana. Jangan sekadar hidup secara biasa-biasa sahaja tetapi berilah impak yang signifikan yang terus berkekalan dan dikenang sebagai legasi kepada generasi kemudian setelah pemergian kita.

5.       5.Kaya Kerjaya
Kerjaya menjadi sangat penting dalam dunia masa kini. Kerjaya ialah wadah bagi mengeluarkan potensi diri dan bakat seseorang. Kejayaan dalam kerjaya akan meningkatkan harga diri.

6.       6.Kaya Pengalaman
Jiwa manusia sentiasa dahagakan pengalaman baru. Perasaan ingin tahu dan ingin menimba pengalaman baru akan menimbulkan keseronokan dan keceriaan dalam hidup. Kita tidak boleh terperangkap dalam rutin hidup yang sama sahaja pada setiap masa. Aktiviti-aktiviti kemanusiaan,sukan,pelancongan dan lain-lain akan memberikan kita rasa “kekayaan” yang sukar untuk digambarkan.


7.       7. Kaya Ekonomi
Wang walaupun bukan perkara terpenting dalam hidup, tetapi ia tetap penting untuk menguruskan kehidupan dengan baik. Ia akan memudahkan kita memenuhi keperluan hidup tanpa perlu bergantung kepada orang lain. Dengan wang, kita boleh membantu meringankan beban dan kesusahan orang lain dan ini akan member satu kepuasan dalam hidup.


Inilah 7 elemen yang perlu ada untuk mencapai kekayaan reality. Tanpa ketujuh-tujuh elemen itu,manusia hanya akan mendapat kekayaan ilusi. Begitulah mengikut kajian manusia yang kaya-raya. Megikut kajian Barat, memiliki wang yang banyak bukanlah syarat utama untuk menjadikan seseorang itu kaya dalam erti kata yang sebenar.
Petikan dari Majalah SOLUSI: Tajuk: Kaya Ilusi musnah tanpa Qanaah.  Anda berada dikategori yang mane???

1 comment:

  1. baru sahaja membaca artikel yang sama di muka surat 17, majalah Solusi. majalah yang penuh informasi :)

    jemput singgah ke www.kisah-dan-kasih.blogpspot.com

    ReplyDelete