Thursday, November 10, 2011

Punca bakhil....marah...

















v        1.Allah berkata dalam surah Muhammad,ayat 38, “Ingatlah,kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit harta benda di jalan Allah. Tetapi ada antara kamu yang berlaku bakhil. Sesiapa yang berlaku bakhil, sesungguhnya dia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Ingatlah Allah itu Maha Kaya sedangkan kamu semua orang yang miskin. Apabila kamu berpaling daripada beriman, bertakwa dan menderma,dia menggantikan kamu dengan kaum yang tidak lagi berkeadaan seperti kamu.


Punca kebakhilan adalah mencintai dunia secara berlebihan, takut miskin dan hati yang selalu runsing dan tidak bahagia. Akibatnya diri mudah diserang gangguan seperti nyanyuk dan sukar tidur.  Kesedihan yang berpanjangan menyebabkan kita mudah diserang penyakit paru-paru.
v          
      2) Marah adalah manifestasi kesedihan dan kesombongan. Perasaan marah menyebabkan tangan menggeletar, wajah merah dan jantung berdegup kencang. Perasaan marah membebankan otak, pembuluh darah dan jantung. Kemarahan yang berulang-ulang menunjukkan orang itu menderita penyakit hati. Dia juga terdedah kepada risiko penyakit darah tinggi,angin ahmar, kemurungan, penyakit saraf pusat,sakit jantung dan vertigo atau gayat.

3v  3)Terdapat beberapa perbezaan antara pola pemikiran berasaskan perubatan moden. As-Suyuthi menyatakan penyakit dapat disebabkan oleh beberapa perkara iaitu gangguan udara, salah makan ataupun minum, kekeliruan gerak, rehat yang sedikit ataupun berlebihan,respon emosi yang berlebihan, istirehat emosi yang berlebihan, tidur dan berjaga yang tidak seimbang, adanya cecair yang berlebihan serta gangguan pengeluaran cecair tubuh. 

       Petikan dari 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah S.A.W...

1 comment:

  1. tak baik kedekut ni..apa salahnya berkongsi rezeki yang kita dapat tu dengan orang lain....:)

    kurangkan la marah....banyak keburukannya bila marah menguasai diri ni...

    ReplyDelete