Monday, April 30, 2012

Bagaimana khusyuk dalam solat...performance?

Assalamualaikum w.b.t...

this is my second last entry for this month.semalam sangat besttt..bak kate imran koyube "super duper awesome",even penat seharian duduk sahaja aktivitnye...nantikan for the next entry,saya akan berceloteh panjang mengenainya.

Jadi,untuk entri kali ini,saya ingin berkongsi tentang bagaimana untuk khusyuk dalam solat. Dalam 2 minggu yang lepas,saya telah menghadiri majlis ilmu a.k.a kuliah dhuha yang disampaikan oleh ustaz erfino johari. Tajuk kuliah pagi itu ialah 'Jiwa Kacau'. Memang tepat dan sesuai dengan saya yang hadir pada masa itu,sebab i'm in a state of chaos..indeed, sedikit sebanyak memberi kesan terhadap saya selepas mendengar ceramah yang ustaz sampaikan. tapi apa yang paling memberi kesan dan saya nak sangat kongsikan bersama kawan-kawan sekalian adalah bagaimana untuk khusyuk dalam solat.Saya tidak tahu bagaimana tahap kekhusyukan anda dalam solat,mungkin lebih hebat dan sememangnya khusyuk setiap kali solat menghadap Allah s.w.t.Tahniah diucapkan kerana anda sememangnya HEBAT...

Bagi kawan-kawan yang masih tercari-cari lagi tips ataupun cara untuk khusyuk dalam solat seperti saya juga, inilah caranya yang diberitahu oleh ustaz erfino(saya tidak mengambil ayat-ayat beliau,saya cuma menyampaikan megikut kefaham saya semasa itu,maaf sekiranya salah,correct me if i'm wrong)

Ustaz memberitahu kita hendaklah menganggap solat itu sebagai satu 'persembahan' kepada Allah s.w.t. In english,it translate as lets perform solah kalau kita tengok azan di tv. Persembahan ini macam mana?macam buat teater muzikal di istana budaya itu ke?yess...correct..ok,kalau kita tengok dan tahu serba sedikit tentang cara menjayakan sesebuah teater,of course pelakon-pelakon perlu membuat rehersal atau latihan berbulan-bulan sebelum membuat persembahan,even penyanyi pun sebelum nak menyanyi live di tv of course mereka akan membuat latihan sekurang-kurangnya latihan suara,padahal hanya menyanyi untuk 5 ke 10 minit sahaja tetapi latihannya mesti lebih dari 10 minit kan???tetapi untuk apa pelakon-pelakon,penyanyi-penyanyi berlatih berjam-jam atau berhari-hari untuk sesuatu persembahan???yess,indeed,untuk mendapat pujian dari orang ramai yang datang menonton mereka,even kalau zaman sekarang ini,compliment can get from facebook or twitter etc...mereka akan rasa puas hati bila mendapat pujian dan tepukan dari orang ramai terutamanya peminat-peminat mereka,mereka rasa pengorbanan mereka berlatih selama berjam-jam lamanya tersangatlah berbaloi.Dan selepas itu,mereka akan terus memberikan yang terbaik lagi..Jadi,apa kaitannya?



Kawan-kawan faham apa yang saya cuba sampaikan??Begini, apabila menunaikan solat,kita sebagai seorang muslim hendaklah menganggap yang kita sedang melakukan satu persembahan kepada Allah iaitu yang menyaksikan kita sujud kepadaNya dengan khusyuknya,macam mana yang dikatakan khusyuk?setiap perbuatan didalam solat kita lakukan dengan tertib,bacaan kita betul mengikut makhrajnya, surah-surah dibaca dengan penghayatan,petikan dari surah al-baqarah contohnya...tetapi sebelum bersolat,apa yang perlu kita lakukan???menghafal surah-surah didalam al-quran contohnya juzuk 'amma....berlatih membaca al-fatihah dengan betul makhrajnya..Dannn,dengan itu kita akan khusyuk didalam solat,jika kita khusyuk didalam solat,maka kita akan mendapat pujian di langit dari malaikat dan juga Allah s.w.t kerana kita telah berjaya mempersembahkan solat dengan khusyuk sekali,bukankah itu berbaloi??? Tepuk dada tanya iman anda...Insyaallah saya akan mula berlatih untuk khusyuk dalam solat,it is hard,but it is worth...Mari mula mengorak langkah ke arah yang lebih baik...walaupun tidak banyak tetapi sedikit demi sedikit lama-lama menjadi bukit...bukan begitu?? Maaf andai ada kekurangan.. Sekian dulu untuk entri kali ini. Wassalam...

No comments:

Post a Comment