Monday, May 14, 2012

30 pesanan Imam Syafie (Part 1)








Kewafatan Imam Syafie
Imam Syafie telah meninggal dunia bersendirian di rumah Abdullah bin Hakam ketika orang ramai meninggalkan beliau untuk pergi solat berjemaah di Masjid Amru. Sebelum selesai solat isyak,beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada malam Jumaat 28 rejab tahun 204 hijrah, bersamaan 820 Masihi. Ketika itu,beliau berusia 54 tahun
.
Sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah memberi 30 pesanan kepda kita semua:
1.    Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan di akhirat .

2.    Perbanyakan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.

3.    Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.

4.    Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar dimana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih saying Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur.

5.    Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit,, kamu perlu ringankannlangkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dicintai Allah.

6.    Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.

7.    Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat.

8.    Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letih dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan keatas dosa-dosa kamu.

9.    Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung daripda serangan iblis.

10. Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya mebawa berkat,ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.

Dipetik dariNovel Sejarah Islam "Imam-imam yang benar" dikarang oleh Abdul Latip Talib

Thanks for read this entry! :)) 

No comments:

Post a Comment