Wednesday, May 23, 2012

30 Pesanan Imam Syafie' (Part 2)


11.   Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. Oleh itu, bagi menguatkan banteng iman, keimanan perlu dibajai dengan lima perkara, yakin,ikhlas, mengerjakan amlan sunat, istiqamah, bertatasusila ataupun berdisiplin dalam mengerakan ibadah.
12. Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.
13. Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam, khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang pilihan disisi Allah.  
14. Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan “A’uzubillahi minassyaitanirrajim”. Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan dating juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah taala hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang dengan syaitan adalah lebih hebat daripada perang sabil.
15. Kubur adalah suatu perhentian sementara  bagi membolehkan ke suatu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bagi.
16. Sebesar-besar keburukan adlah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.
17. Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu, lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan.
18. Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaanya.
19. Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di dunia dan di akhirat adalah member maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia.
20. Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar bin al-khattab menyiasat dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari.    

No comments:

Post a Comment