Tuesday, May 29, 2012

30 pesanan Imam Syafie' Part III


   21. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang   didunia dan di akhirat. Ia juga amalan para nabi dan rasul,juga orang soleh.
   
   22.Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu kurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap, dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
 
   23.Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan    disakiti(dihimpit)  dengan tanah. 
     
     24 Sesiapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan.

   25.Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan diberi   kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah.

26. Allah menjanjikan kepda orang yang beriman, mereka pasti mendapat pertolongan Allah seperti dalam pernyataanya dalam surah Ar-rom ayat 47 yang bermaksud, adalah menjadi hak kami untuk menolong  orang yang beriman.
     
   27.Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pembelaan daripada Allah sebagaimana pernyataanya dalam surah al-hajj ayat 38 yang bermaksud,Allah membela orang yang beriman.

   28.Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertakwa, Allah pasti menaikkan darjat mereka hingga ke taraf wali-wali Allah selagi memenuhi syarat-syaratnya seperti dalam pernyataanya dalam surah al-baqarah ayat 257 yang bermaksud, Alllah penolong(wali) bagi orang yang beriman.

   29.Allah menjanjikan kepada orang yang beriman akan member petunjuk dan jalan lurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-hajj ayat 54 yang bermaksud, Allah akan member petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus.

     30.Allah menjanjikan kepada orangyang beriman, mereka akan memperoleh rezeki yang baik danpelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah sebagaimana pernyataanya dalam surah al-A’raf ayat 96 yang bermaksud, sekiranya penduduk kota berimandan bertakwa pasti kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi sekiranya mereka mendustakan ayat-ayat kami, kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.

Sekian...

No comments:

Post a Comment