Tuesday, May 29, 2012

Kritik itu rezeki dari Allah






Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh,

Berdasarkan tajuk entri kali ini,ramai yang agak terkejut ataupun hairan kenapa saya mengatakan ataupun menulis ‘kritik itu rezeki dari Allah’. Alamak,ceramah la pulak aku klik,TOLONGGGG,JANGAN cancelkan blog saya dulu, toleh kiri, cakap”wahai nates, jangan kacau aku,aku nak baca bahan ilmiah ni”...pastu tadah tangan cakap ”Ya Allah,permudahkanlah aku memahami ilmu yang ingin di sampaikan oleh penulis blog ini,amin”..okeh,jom sambung baca... :)

Sahabat dan rakan yang saya hormati, tajuk ini saya ambil berdasarkan pada BICARAWARA RAWAT HATINYA BANGUNLAH INSAN  di astro OASIS 106 yang disampaikan oleh KH Abdullah Gymnastiar ataupun dikenali sebagai Ustaz Aagim. Beliau merupakan pimpinan pondok pesantren Daarul Tauhid Bandung dan moderatornya ialah Ustaz Wan Abd Hamid. Siaran program ini tak menentu, kadang-kadang pukul 6.30 pagi,kadang-kadang pukul 9.30 pagi. Siapa yang nak mengikuti dan ada astro beyond di rumah boleh la record dan bila ada masa lapang atau baru balik dari kerja ke,sambil rehat-rehat tu boleh la tengok program ini,tak lama pun 30 minit JER. (I know,u’all can do it ) aja-aja fighting



Personally, saya sangat meminati dan mengkagumi Ustaz Aagim ni sebab beliau seorang yang soft spoken, nada beliau lembut je tak pernah saya dengar beliau menyampaikan dengan nada yang tegas ataupun marah,macam om putih kata a cool person dan beliau juga seorang yang murah dengan senyuman. Jangan main-main, beliau pun pandai speaking London tau..It’s true, tak caya,boleh tonton ceramah beliau. Orite,back to topic, tajuk bicarawara kali ini adalah “mengenali diri dengan kebeningan hati” . Beliau memberitahu ada 5 cara untuk mengenali diri, tetapi disini saya ingin menghighlightkan cara yang ke-4 iaitu mengenali diri dengan cara memanfaatkan orang yang membenci diri.

Bagaimana pulak tu?

Ustaz Aagim sendiri mengatakan bahawa kritik itu rezeki dari Allah. Kritik itu merupakan kasih sayang dari orang kepada diri kita. Kita sepatutnya bersyukur kerana ada orang berani untuk mengkritik akan kesilapan dan kesalahan kita. Sebagai contoh musuh,siapa ada musuh atau orang yang benci pada diri kita,sila angkat tangan....huishhh,ramainya angkat...okeh,anda patut berterima-kasih pada mereka kerana mereka semua itu sudi meluangkan atau mengambil waktu,tenaga dan fikiran mereka untuk melihat kita, tanpa perlu dibayar, bukan kita yang suruh tengok,tapi mereka membuat penelitian secara sukarela tau..lepas ni,pergi berterima kasih pada mereka ea..heee. bak kata ustaz beri makanan dan minuman kepada 

mereka ini. Kita tulis apa yang mereka sebut tentang diri kita,jika yang mereka katakan itu benar,maka Alhamdulillah,dan jika apa yang mereka katakan itu tidak benar,bermakna kita tidak buruk seperti yang mereka katakana.Tidak perlu sakit hati dengan mereka. Sebab yang buruk dan bahaya itu adalah orang yang tidak mahu dikritik.

Ustaz berpesan lagi, kita perlu mencari seseorang yang boleh menjadi teman dan masa yang sama memberi teguran kepada diri kita untuk di perbaiki. Orang yang mengenal diri mereka sendiri tidak dahagakan pujian sebaliknya dia ingin mendengar kelemahan yang dimiliki supaya dapat diperbetulkan bagi meningkatkan potensi diri. 

 Bahkan, kalau anda semua ingin tahu, beliau setiap hujung minggu, beliau bersama keluarga akan mecari masa yang sesuai untuk berkumpul bersama-sama bukan untuk makan-makan sahaja malah beliau,isteri dan anak-anak akan mengkritik sesama sendiri dengan berbincang, sebagai contoh beliau menegur anak beliau..”Akak,kenapa bila ada tetamu akak berbual telefon lama sangat,bukankah memuliakan tetamu dan berbual dengan mereka lebih sopan daripada berbual di telefon?” anaknya pun berkata”oh, ya,terima kasih ya pak mengingatkan akak”. Begitu baru betul cara mengkritiknya. Bukan dengan nada yang marah terus,kerana mengkritik itu juga ada peringkat-peringkatnya,harus bermula dengan cara yang berkhemah bukan dengan kasar terus. Tak gitu???

Kenapa kita harus dikritik??kerana orang yang berjaya atau sukses adalah orang yang menikmati kritik. Ini dari Ustaz Aaagim, bukan saya. :)

Kita akan lebih mengenal dan mensyukuri kepada Allah bila kita kenal dan tahu kelemahan kita. Dari itu, apa yang kita harus lakukan sekarang? Ia mesti bermula dengan 3M. Apa dia 3M?
  1. Mulai dari diri kita sendiri.
  2. Mulai dengan hal-hal yang kecil.
  3. Mulai dari saat ini.
Katakan kepada diri kita “Sayalah yang pertama yang akan melakukan kebaikan” dan ia mestilah disertai dengan ikhlas. 

Last but not least, jangan melambat-lambatkan melakukan sesuatu kebaikan walaupun perkara yang kecil dengan ikhlas kerana kita hanya mempunyai waktu saat ini belum tentu esok masih ada bagi kita.

Sekian,untuk kali ini. Renung-renungkan dan selamat beramal. :)


No comments:

Post a Comment