Thursday, June 28, 2012

Andai Nabi Muhammad SAW masih bersama kita






Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh,


Law kana bainana....(andai nabi Muhammad SAW masih bersama kita)...cuba kita ambil masa seketika,tak lama pun 5 minit sahaja...pernah tak kita membayangkan andai nabi yang kita sayangi masih bersama kita hingga hari ini?dan apa yang akan anda buat atau katakan kepada Baginda SAW?

Saya menulis entri ini adalah kerana tengah hari tadi menonton rancangan/program di tv al-hijrah iaitu Law Kana Bainana..rancangan ini membuat saya tersentak dan menyedarkan diri yang sering lalai dan leka...

a bit detail about this program,
program ini kalau kat malaysia macam siri terjah di astro oasis, pengisian program ini adalah bertujuan untuk melihat adakah manusia hari ini masih mengikuti lagi contoh Rasulullah dan mengamalkan sunnah dan perbuatan yang dianjurkan Baginda SAW...dan bagi setiap orang yang bertuah,akan mendapat hadiah daripada program tersebut...

antara scene yang saya sempat tonton adalah pengacara sengaja meletakkan dahan dijalan raya bagi menghalang pemanduan yang mana bertujuan untuk melihat adakah pemandu akan mengalihkan dahan tersebut jika melalui jalan tersebut,setelah 7-8 kereta melalui jalan tersebut,barulah seorang pemandu ini berhenti dan mengalihkan dahan tersebut.

apa yang paling meninggalkan kesan di hati saya ialah apabila pengacara tersebut berjumpa dengan seorang pekedai yang ada perselisihan faham dengan seorang pelanggan kanak-kanak, berikut dialog antara pengacara dan pekedai

pengacara: apa yang sedang berlaku?
pekedai; kanak-kanak ini tidak berpuas hati kerana saya beri keutamaan kepada orang tua dahulu untuk
              membayar
pengacara: siapa yang beratur dahulu?
pekedai: memang kanak-kanak ini,tapi bila saya melihat orang tua yang berdaya ini,saya mendahulukannya
pengacara: jika Nabi SAW masih bersama kita,apa yang anda lakukan?
pekedai:wallah,saya akan pergi ke masjid sekarang....selama ini,saya tidak pernah solat(dengan nada yang
             sayu)
pengacara: jika Nabi SAW berada didepan awak sekarang,apa yang anda akan katakan?
pekedai: saya akan mencium tangan beliau dan pergi ke masjid sekarang(dengan nada yang sayu dan
              menangis)

can't u see how beauiful and peace this world if our prophet Muhammad SAW is still with us



Law Kana Bainana



1 comment:

  1. Law Kaana Bainanal Habib...T_T

    Asyku ilaika Ya Habiballah...

    ReplyDelete