Friday, June 15, 2012

KeAJAIBAN Manusia


Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh,
Salam Jumaat...

Gambar diatas menunjukkan keajaiban manusia itu sendiri...entry ini dibuat apabila didalam kereta tadi aku mendengar sedikit ceramah di ikim.fm berkenaan keajaiban manusia. Saya yakin ramai rakan blogger saya dan pembaca blog saya mengetahui bagaimana kejadian manusia. Saya tak tahu macam mana nak menterjemah apa yang saya faham,saya akan cuba menggunakan bahasa yang mudah untuk menterjemahkan.

Berjuta-juta sperma memasuki rahim wanita atau si ibu yang setiap satunya membawa pelbagai genetik ayahnya yang tersendiri,saya ulang,setiap satu sperma itu adalah berbeza sifatnya,manakala wanita memeliki 40 ribu ovum(betulkan jika salah,ini berdasarkan pada Ustazah yang menyampaikan ceramah tadi) yang mana setiap satu ovum membawa genetik ibunya yang tersendiri. Bagaiman terhasilnya embrio? Ia diibaratkan umpama manusia berada dilautan atlantik di satu tebing merentasi lautan tersebut untuk ke satu tebing lagi.Masyaallah,can u imagine?dan ditambah lagi lautan tersebut bukannya seperti air tetapi seperti air gula,mampukan kita berenang di lautan air gula?

Faham apa yang saya cuba sampaikan?Kita yang lahir di dunia adalah pemenang,kita berjaya dikalangan berjuta-juta sperma dan berpuluh ribu ovum untuk disenyawakan menjadi manusia. KITA SEMEMANGNYA ADALAH PEMENANG.Jadi,mengapa setiap kali kita gagal,kita sudah berputus asa? sedangkan kita pernah berjuang suatu ketika dulu untuk menjadi seperti sekarang,sebab itu,di dalam islam,kita di larang untuk berputus asa dalam hidup. Kita perlu berusaha dan berusaha dan berusaha sehingga kita meninggalkan dunia ini.

Kenali dan fahami diri kita,kerana manusia itu sendiri adalah suatu keajaiban,malah seorang saintis bukan islam turut merasa kagum dengan kejadian manusia. MENGAPA kita PERLU mengenali diri? dengan mengenali diri kita akan berasa  sentiasa bersyukur dan menginsafi diri dan akan sentiasa mengingati Allah s.w.t....sekian dulu dari saya..wallahua'lam...

3 comments:

  1. 40 ribu ovum di sepanjang hidup seorang wanita, dlm satu kitaran haid cuma ada 1 je ovum utk disenyawakan dgn berjuta2 sperma...
    ..alhamdulillah, kita insan terpilih,
    tp ada yg selalu sebut...
    ..aku tidak minta dilahirkan..

    -che`leen-

    ReplyDelete
  2. oh,40 ribu disepanjang hidup wanita..thanks che 'leen

    ReplyDelete
  3. Good entry untuk muahasabah diri, habis je bace entry ni terus terfikir :-

    "sesekali kita harus memandang kebelakang untuk lebih menghargai apa yang ada di hadapan kita"

    ReplyDelete