Wednesday, June 20, 2012

Menjadi Kaya mengikut acuan Islam

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh,

Siapa yang tidak mahu KAYA,yakni kaya dari segi segalanya terutamanya harta. Tapi apa yang lagi penting adalah kaya budi bahasa. malam ini,aku ingin berkongsi sedikit ilmu yang aku dapat baru-baru ini iaitu bagaimana cara menjadi kaya mengikut acuan islam. Sebenarnya, untuk menjadi kaya mengikut ajaran islam banyak cara tetapi aku ingin berkongsi EMPAT CARA untuk menjadi kaya,satu ialah doa untuk menjadi kaya, solat untuk dimurahkan rezeki ,Surah al-waqi'ah dan 3 syarat.



1) Doa

Semasa menghadiri KOnvensyen Jutawan Muslim yang lepas,Ustaz Zahazan ada memberi sedikit perkongsian bagaimana sahabat Rasulullah s.a.w menjadi kaya pada zaman tersebut.
(betulkan jika silap) Anas bin Malik merupakan seorang yang miskin sebelum menjadi seorang hartawan. Semasa beliau miskin, beliau telah bertemu dengan Rasulullah s.a.w meminta doa untuk merubah beliau menjadi kaya. Maka rasulullah s.a.w pun menjawab bacalah doa ini "Allahumma akthir mali wawaladi wabarikli fih". Tidak lama selepas beliau mengamalkan doa ini,maka beliau pun menjadi seorang yang kaya. Tetapi beliau tidak lupa memberi bantuan kepada orang-orang fakir miskin.(itu lah yang dinamakan KAYA)
-MORE YOU GIVE,MORE YOU GET-
 



2)Solat Sunat 2 rakaat(Dhuha)

sebaik-baiknya amalkan solat sunat ini,kerana terdapat seribu satu hikmah

cara-cara menunaikan solat sunat dhuha

selepas solat sunat bacalah doa ini-kalau boleh disertakan doa yang diatas sekali



saya ingin berkongsi satu kisah di zaman rasulullah s.a.w.terdapat seorang sahabat nabi yang kaya yang mempunyai ladang yang sangat luas.Suatu hari,kampung tersebut dilanda musim kemarau,maka banyak tanaman mulai mati,maka salah seorang pekerja beliau bertanya kepada sahabat nabi."saya risau dengan keadaan sekarang kerana ini tidak elok untuk tanaman kita. Sahabat Nabi tadi membalas, "yakin dengan Allah,dan jangan lupa tunaikan solat sunat dhuha kerana itu kita akan dimurahkan rezeki". Tidak lama selepas itu,hujan pun turun,tetapi hanya turun dikawasan ladang sahabat Nabi s.a.w sahaja.(Subhanallah,saya pun tidak dapat menggambarkannya)  -dipetik dari kisa yang diceritakan sendiri oleh Ustaz Zahazan-maaf andai olahan ini kurang tepat-

3)Surah Al-waqi'ah

ini yang saya dengar dari semanis kurma,ustaz wan akasyah(suami ustazah siti nur bahyah ada mengatakan sesiapa yang membaca surah al-waqi'ah setiap malam maka orang itu tidak akan papa(miskin).

Bacalah,sangat seronok membaca surah ini. 10 minit jer

4) 3 syarat

Ustaz Zahazan turut menyarankan kita agar meletakkan 3 syarat atau benda ini....BERNIAGALAH ANDA UNTUK 3 BENDA:

1. aku nak jadi kaya sebab nak jadi orang mulia.
2. aku nak jadi kaya sebab nak keluarga aku(anda semua) mulia.
3. aku nak jadi kaya sebab aku nak membiayai ulama yang tidak ada bantuan.

nahh...cara dah ada...cuma tinggal buat je...Selamat beramal.... =)

5 comments:

  1. god job bella share info nie...

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. wahhh..ada yang sudi baca lagi post ni...sama-sama =)

      Delete
  3. Nak kaya? cuba lawat blog ini:
    http://jomduitjutawanqmg.blogspot.com/

    ReplyDelete