Thursday, July 19, 2012

Boleh ke solat bergerak-gerak?


Assalamualaikum w.b.t,

setiap hari,umat islam menunaikan solat 5 kali iaitu subuh ,zuhur,asar,maghrib dan isyak....itu belum dicampur dengan solat-solat sunat yang dilakukan seperti sunat dhuha,hajat dan tahajud...namun,adakah kita sedar kadang-kala berlaku sedikit gangguan seperti gatal peha la,perut la dan macam-macam lagi.Itu belum yang duk termenung atau fikiran menerawang ke tempat lain...

Jadi,apakah kita tahu bahawa pergerakan selain dari pergerakan yang wajib dan sunat dalam solat melebihi TIGA KALI BERTUTUR_TURUT akan menyebabkan solat kita TIDAK SAH atau BATAL? disini saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya dapat dari sorang ustaz. Beliau mengatakan yang akan menyebabkan solat seseorang itu batal apabila anggota besar kita bergerak 3x berturut-turut. 


APA yang dimaksudkan dengan anggota besar?anggota besar contohnya seperti kaki,tangan dan kepala. Saya bagi satu situasi, seorang wanita sedang solat, sedang dia bangun semula dari sujud,dia tersedar yang kaki dia ternampak sedikit,jadi dia membetulkan kainnya dengan menggerakkan kakinya.Jika dia bergerak sebanyak sekali,maka solat dia sah. Jika dia bergerak sebanyak 3x berturut-turut,maka solat nya tidak sah. JIka dia menggerakkan kakinya sebanyak 2 kali,kemudain berhenti seketika,dan kemudian menggerakkan kakinya balik,maka solat dia sah.

Situasi kedua, adalah ketika solat berjemaah,kita mengetahui setiap kali berjemaah kita hendaklah merapatkan saf, sebagai contoh,sedang berjemaah,ada seorang rakan kita ni terkentut,maka dia perlu keluar dari saf,betul?kawan dia yang berada disebelah kanan/kiri perlu bergerak menggantikan tempatnya supaya tempat kawan kita yang keluar tadi tu tidak kosong.okeh,macam mana kita nak bergerak supaya solat kita sah?andai kita jarak nya agak jauh iaitu melebihi dari tiga langkah,kita perlulah bergerak sebanyak dua kali,kemudian berhenti seketika,dan bergerak semula sehingga saf itu tadi penuh ataupun tidak kosong antara saf tadi.

situasi ketiga,apabila perut kita rasa gatal,dan perlu digaru,untuk mengelakkan dari menggunakan anggota besar iaitu tangan,kita guna jari sahaja mencukupi kerana jari dianggap anggota kecil,caranya kita menggerakkan jari SAHAJA tanpa menggerakkan seluruh tangan kita,faham?

RASULULLAH s.a.w sendiri  pernah melakukannya apabila baginda sedang khusyuk solat di rumahnya,sedang solat,beliau mendengar isterinya Aisyah r.anha memberi salam dan mengetuk pintu. APA yang baginda s.a.w BUAT?beliau telah bergerak ke arah pintu rumah,dalam keadaan berhenti seketika,dua kali bergerak,kemudian,nabi s.a.w berhenti,dan bergerak lagi sampai beliau membuka pintu itu.-ini adalah cerita dari seorang ustaz yang saya hadiri ceramahnya,jika ada yang salah,sila beri teguran..

begitulah mudahnya islam,tak semestinya kita tak boleh bergerak langsung tetapi pergerakan tersebut mestilah bertujuan untuk tujuan yang betul,bukannya bunyi telefon kita jawab "aku solat la beb,nanti aku call balik"...ehhh,dah batal tu... 

sekian untuk malam ini..selamat malam semua... =)

1 comment: