Monday, July 23, 2012

EP2:Jejak Rasul (Kisah Nabi Nuh a.s dan bahteranya)


Assalamualaikum w.b.t,

episod kedua kali ini mengisahkan tentang Nabi Nuh a.s..
sedikit info mengena Nabi Nuh a.s:
-merupakan generasi ke-10 selepas Nabi Adam a.s
-berusia hampir 950 tahun
-mengikut bahasa arab,Nuh bermaksud "orang yang selalu menangis"

Umum mengetahui bahawa berlakunya banjir besar pada zaman nabi Nuh a.s dan seperti yang kita ketahui Nabi Nuh a.s telah membuat satu bahtera untuk pengikut-pengikutnya supaya terselamat dari banjir besar itu.pada masa kini,yang menjadi persoalannya adalah dimana bahtera nabi Nuh a.s telah mendarat setelah banjir besar?dimanakah makam Nabi Nuh a.s?-2 soalan ini yang cuba dikupas oleh jejak rasul untuk episod kali ini..

BAHTERA NABI NUH A.S

ada dua pendapat mengenai lokasi bahteranya mendarat,
pertama adalah di gunung Ararat,Turki yang mempunyai ketinggian sehingga 5000 meter,namun tiada bukti kukuh sampai sekarang.


yang kedua,merupakan di Bukit judi,Turki.Bukit Judi ini merupakan sebahagian dari Ararat dan didalam al-quran turut menyatakan yang bahtera Nabi Nuh a.s telah mendarat di bukit ini

inilah sebahagian fosil dari bahtera nabi Nuh a.s yang terdampar di Bukit Judi

Terdapat 3 perbezaan pendapat mengenai makam Nabi Nuh a.s:
1.di Beirut,Lubnan-makam ber 40 meter panjang 
ini sewaktu pengambaran pada 1996

2. di Jizre,Turki sewaktu pengambaran pada 2003

3.di Karak,Jordan. sewaktu pengambaran 2009

kesimpulannya,walau banyak manapun kita cuba menjejak kesan2 para nabi seperti lokasi bahtera Nabi Nuh a.s dan makamnya,adalah Allah s.w.t dan Nabi-nabinya sahaja yang mengetahui....wallahua'lam..


1 comment: