Monday, July 30, 2012

EP4:Jejak Rasul (Nabi Musa a.s dan mukjizatnya)


Assalamualaikum w.b.t,

saya ingin berkongsi sedikit mengenai Nabi Musa a.s. Ramai yang mengetahui bahawa Nabi Musa a.s dilahirkan pada zaman firaun yang kejam. Dia akan membunuh bayi-bayi lelaki dan membiarkan bayi-bayi perempuan hidup.Jadi,ibu kepada Nabi Musa a.s iaitu Yukabad telah menghayutkan anaknya yang baru lahir itu di sungai Nil yang dalam keadaan tenang dan tidak berombak kerana Allah melindungi Nabi Musa a.s.

Nabi Musa dikenali sebagai Musa Kalimullah kerana beliau telah berbicara dengan Allah secara terus dan sudah pasti bukan bahasa percakapan sesama manusia dan sesama haiwan.Hanya Allah dan Nabi Musa a.s yang mengetahui.Mengikut penduduk di Mesir,tempat lahir Nabi Musa adalah di Uskur, iaitu 2 jam perjalanan dari Kaherah,Mesir.Beliau merupakan Nabi untuk Bani Israil.

1.Jabal Musa


di puncak bukit inilah Nabi Musa a.s menerima wahyu.Bukit ini juga dijadikan tempat untuk Nabi Musa a.s beribadat dan bermunajat kepada Allah.Selain itu, ia menjadi laluan Nabi Ibrahim a.s menuju ke Syam dan disini juga Nabi Musa a.s berbicara dengan Allah s.w.t.

2.Wadi Muqaddas


mereka telah melarikan diri dari ancaman firaun ke Wadi Muqaddas/Lembah Suci


2 warisan Nabi Musa a.s di Padang Pasir Sinai
1.di St. Catherine...Telaga Musa
inilah St Catherine yang terletak berhampiran dengan Jabal Musa

di St Catherine terdapat telaga yang dinamakan Telaga Musa bersempena dengan Nabi Musa pernah mengambil air disitu untuk mendapatkan bekalan air.

2.Batu menyerupai anak lembu


di bukit as-safsafah,terdapat batu menyerupai anak lembu.Terdapat seorang lelaki dari bani israil yang mengajak kaum tersebut untuk menyembah patung anak lembu ini,dan ianya berlaku ketika Nabi Musa a.s pergi ke Jabal Musa untuk menerima kitab Taurat. Batu yang sebenar telah dihapuskan oleh baginda sendiri,yang ini adalah ukirannya sahaja.

dikatakan kesan dari pukulan tongkat Nabi Musa a.s untuk mengeluarkan air bagi pengikutnya yang kehausan.Sukar untuk dipercayai oleh lagik akal tapi kita wajib mempercayainya kerana ini adlah tanda kekuasaan Allah s.w.t.


Hamam Musa tempat Nabi Musa a.s mandi sebelum menruskan perjalanan ke Palestin. Sampai sekarang air tetap ada/mengalir.

Perigi 12 di Teluk Suez,Mesir....ianya dijadikan sebagai sumber bekalan air untuk pengikut Nabi musa a.s.

di sharm el shiekh dikatakan tempat pertemuan Nabi Musa a.s dan Nabi Khidir a.s iaitu di pertemuan 2 laut-kisah ini disebutkan di dalam surah al-kahfi

sharm elshiekh sekarang

mumia ramses ke-2..dikenali juga sebagai ramses the great. Memerintah selama 67 tahun dan mati ketika berumur 90 tahun. Telah membuat monumen di Luxor untuk melihat Allah dan membuktikan kekuasaanya.

Luxor,Mesir-kesan peninggalan Ramses II

Kita sebagai manusia/umat islam cuba mengesan kesan-kesan peninggalan Nabi dan Rasul.Namun,Allah dan para Rasulnya sahaja yang lebih mengetahui...

sekian...

1 comment: