Sunday, July 22, 2012

EPI 1:Jejak Rasul


Asslamualaikum w.b.t,

Saya ingin mengumumkan bahawa saya akan mengulas tentang Jejak Rasul(al-quran dan kisah anbiya') di tv3 mulai 6.30petang setiap hari..insyaallah saya akan cuba untuk update setiap hari mengenai jejak rasul..

jadi,untuk episod semalam bermula dengan kisah nabi Adam a.s.semua mengetahui yang nabi adam a.s telah dicampakkan ke dunia kerana ingkar dengan perintah Allah dengan memakan buah khuldi,lalu baginda diturunkan ke bumi bersama dengan isterinya,Hawa.

Tapi dimanakah Nabi Adam telah di campakkan ke dunia?
pendapat pertama:Nabi Adam a.s telah di campakkan ke Sri Lanka iaitu di Puncak Adam yang dikenali sekarang...

Puncak Adam,Sri Lanka

Dikatakan tapak kaki nabi Adam a.s,panjang 5 kaki dan lebar 2 kaki...dianggarkan ketinggian Nabi Adam a.s adalah 100 kaki...Masyaallah..manusia sekarang pun 5-6 kaki sahaja...
 
tapak kaki ini  pun bermacam pendapat ada yang mengatakan tapak kaki ini milik Gautama Buddha,pengasas buddha. Ada juga berpendapat ia milik Dewa Shiva,mengikut penganut Hindu..berbeza agama,berbeza pendapat..namun,di dalam al-quran tidak menjelaskan dimana Nabi Adam telah dicampakkan..

inilah jambatan yang dikatakan menjadi laluan Nabi Adam a.s..dikenali sebagai Jambatan Adam
sampai sekarang menjadi misteri

makam Habil yang dibunuh oleh Qabil di syria..
ada juga pendapat makam habil berada di selatan India yakni berhampiran dengan Jambatan Adam
di dalam alquran tidak menyebut tentang dimana tempat dan makam habil,tetapi yang jelas alquran hanya menceritakan tentang pembunuhan qabil ke atas habil...
 

di sinilah tempat pertemuan Nabi Ada. a.s dan Hawa setelah di turunkan ke bumi iaitu di Jabal Rahmah,Arafah(mengenal kembali)..

itu sahaja untuk episod 1 Jejak Rasul..kalau nak tengok boleh tengok di tonton.my

=)


2 comments:

  1. suka sgt tengok rancangan dokumentari mcm Jejak Rasul ni.. kisah para Anbia sedikit sebanyak menimbulkan keinsafan..

    ReplyDelete