Wednesday, July 18, 2012

Kisah budak biasa menjadi jutawan



Assalamualaikum w.b.t,

Kalau kita membaca kisah jutawan-jutawan di malaysia,seperti Tony Fernandes dan Tan Sri Syed Bukhari,semuanya bermula dari bawah,bermula dengan kecil-kecilan,ditipu dan berbagai-bagai lagi..

kali ini,saya ingin membawa satu kisah yang jarang orang dengar dan tahu mengenai seorang jutawan ini,biarlah saya merahsiakan namanya.siapa dapat teka memang bijak..

read more
beliau seorang anak yang dilahirkan dalam keluarga yang kurang mengutamakan kasih-sayang.tak siapa minta dilahirkan sebegini,begitu juga dengan diri saya. Ibunya seorang yang amat garang,salah sikit atau result exam tidak elok,dirotannya beliau,tanpa mempedulikan perasaanya yang masih kecil,meminta kasih dari seorang ibu dan ayah. Sewaktu kecil,ayahnya telah ditangkap kerana melakukan jenayah,dia sendiri tidak sangka ayahnya melakukan pekerjaan tersebut memandangkan ayahnya bila dirumah seorang yang pendiam,mengiakan sahaja apabila beliau meminta sesuatu,sebaliknya pula ibunya,tidak mempedulikan permintaannya. 

Menginjak dewasa/remaja, beliau mula memahami kenapa ibu sering memarahinya jika tidak mendapat keputusan cemerlang,malah beliau mengucapkan syukur kerana akhirnya sedar,ibunya hanya mahukan yang terbaik untuk dirinya dan juga adiknya..ILMU yang paling penting di dunia ini

Habis belajar, beliau melakukan beberapa pekerjaan,tetapi semuanya biasa-biasa sahaja,kurang popularitinya,akhirnya beliau mengambil keputusan untuk mencuba sesuatu yang lebih mencabar bermula dengan menjual insurans,kemudian terlibat dengan perniagaan,disitulah beliau belajar apa yang dinamakan bebanan hutang. Beliau terus mengorak langkah dengan lebih jauh lagi dan akhirnya berada ditempat beliau berada sekarang...usaha bukan sekali dua kali,tetapi beribu-beribu usaha dan pengorbanan yang beliau lakukan,semua nya demi keluarganya dan agama islam...

masa saya mendengar kisah beliau,saya berasa sayu,simpati dan kagum dengan beliau,bagaimana dia seorang diri mengharungi cabaran hidup dan terpaksa memahami erti hidup itu sendiri...ianya sangat perit dan pahit seperti menelan hempedu. Kisah beliau ada sedikit persamaan dengan diri saya,cuma saya tidak lah menjadi jutawan seperti beliau,saya masih lagi mendaki puncak kejayaan saya.

Nasihat saya,kepada insan-insan biasa yang lahir dalam keluarga yang bermasalah,ibu bapa bercerai-berai,kurang kasih sayang atau perhatian dari ibu bapa,hidup dalam serba kekurangan,jadikan nya sebagai pembakar semangat untuk mengukir sebuah kejayaan... 

=)

2 comments:

  1. setuju.. x kire lah if ade family problems skali pun, cari pendekatan yg baik, think positive-means setiap masalah ada cara n ada jalan.. =)

    ReplyDelete
  2. betul sangat,tak boleh salahkan keluarga,kita ada akal untuk berfikir... =)

    ReplyDelete