Saturday, July 21, 2012

Kisah cinta Khalifah Umar al-Khattab






Assalamualaikum w.b.t,

Diharap semua menjalankan ibdah puasa dengan sempurna hari ini.Teringat telatah orang ramai di pasar raya tengah hari tadi. Sampai yang membeli di pasaraya econsave, jalan reko sampai RM400++,banyak tu...untuk sebulan kut rasanya..(husnuss zhon)... apa khabar wanita dan remaja perempuan di luar sana hari ini,sedih?gembira?La Tahzan,Allah sentiasa bersama...kali ini saya ingin membawa kisah cinta Khalifah uMar Al-khattab terhadap ISTERINYA, 

Suatu hari, seorang sahabat berkunjung ke rumah Sayidina Umar Al-khattab untuk mengadukan masalah berkenaan isterinya yang gemar merungut. Tatkala tiba di perkarangan rumah Sayidina Umar,dia terdengar suara seorang wanita(isteri khalifah) sedang bercakap dalam nada bersungut sedangkan khalifah Umar langsung tidak membalas walau sepatah pun percakapannya.


Melihatkan keadaan itu, sahabat berkenaan segera berpatah balik ke rumahnya. Bagaimana, khalifah Umar menyedari akan kehadiran dan sahabat berkenaan lalumemanggilnya dan bertanya tentang hajat yang ingindikatakan. Dia lantas bercerita mengenai sikap isterinya tetapi segera membatalkan hasrat setelah melihat keadaan di rumah khalifah Umar sebentar tadi. Jawab Sayidina umar:

"isteriku adalah orang yang telah memasakkan makanan untukku, membasuh pakaianku dan mendidik anak-anakku. Lalu apa salahnya aku bersabar dengan karenah isteriku yang sedikit itu berbanding jasa yang telah dilakukan?"

selamat berpuasa... =)

No comments:

Post a Comment