Sunday, July 22, 2012

Musim Bunga Sakura di Malaysia?





Assalamualaikum w.b.t,

pernah tak anda semua baru-baru ni,ternampak pokok sakura di tepi-tepi jalan yang sedang berbunga?kebelakangan ni saya asyik ternampak sahaj bunga sakura mekar berkembang. contohnya macam semalam dalam perjalanan ke econsave jalan reko,terdapat beberapa deretan pokok bunga sakura..cantik sangat..ini belum lagi tengok di jepun punya...subhanallah..sayangnya saya tidak berkesempatan mengambil gambar kerana saya yang memandu.. =)

saya pun mencari mengenai pokok ini,rupanya ia bukan pokok sakura seperti di jepun,pokok ini dari spesis jenis pokok saka yang kelihatan seperti pokok biasa sahaja.

gambar ni kredit to blog ini

Memandangkan ramai duk baca entry ni, aku update sikit tentang info bunga sakura malaysia ni.
di petik dari sinar harian.

Pokok Tabebuia ini dikenali dengan nama pokok tecoma dan trumpet merupakan tumbuhan asli dari Mexico hingga ke bahagian utara benua Amerika Selatan.

Terdapat lebih 50 spesis Tabebuia yang dibezakan melalui warna dan bentuk bunganya.

Pokok daripada spesis ini mengeluarkan bunga berwarna putih, kuning, perak, merah dan merah jambu.

Ia ditanam di kebanyakan negara tropika sebagai pokok hiasan dan membiak melalui biji benih dan boleh dibiakkan melalui keratan batang atau ranting.

Pokok yang diberi gelaran Sakura ini memerlukan musim kering yang ketara sebelum mengeluarkan bunganya yang lebat. Antara keistimewaan pokok ini ialah ia mempunyai aktiviti seperti antibakteria dan antimalaria, selain sesuai dijadikan halangan angin, pokok hiasan di jalan raya dan perumahan.

di update 6/4/2014 16:41

3 comments:

  1. kat depan opis keyrah byk pokok nie, sekrang tgh berbunga jek :)

    ReplyDelete
  2. cantik kan?kalau bunga sakura yang betul lagi lah cantik... :)

    ReplyDelete