Thursday, August 9, 2012

Khasiat Kurma/Tamar


Assalamualaikum w.b.t,

Ali.r.hu. berkata,'Kurma yang terbaik aalah kurma al-Burni,"
Nabi SAW bersabda,"Kurmamu yang paling baik adalah kurma al-Burni,yang mengusir penyakit."

Abu Hurairah menyatakan sebuah hadis,"Dalam kemanisan kurma al-Burnitidak terkandung penyakit."
Kurma segar menjadi makanan Maryan selepas melahirkan Nabi Isa a.s. Itulah makanan yang terbaik yang Allah berikan kepadanya.

Para sahabat biasa meninggalkan kurma yang dibasahi untuk Nabi SAW dan baginda akan meminum air perahannya keesokkan harinya.Begitulah yang baginda lakukan setiap  hari,kemudian barulah dibuang sisanya.

kurma ajwa yang disukai nabi SAW


Hadis sahih lain berbunyi,"Sesiapa memakan tujuh biji kurma antara fajar dan senja,dia tidak akan terkena bahaya antara waktu itu."Yang dimaksudkan dengan fajar ialah sarapan.

Menurut sunnah Nabi,orang yang berpuasa dianjurkan berbuka dengan kurma.Nabi SAW bersabda,"sesiapa yang tidak mempunyai kurma hendaklah berbuka dengan air kerana air itu suci."(Riwayat an-nasaie)Nabi SAW juga bersabda,"rumah yang tidak mempunyai kurma,penghuninya akan lapar."

Kurma bersifat panas dan kering.Ia meningkatkan kekuatan seksual,terutama jika digabungkan dengan biji pain.Akan tetapi,jika seseorang mengalami penyakit ophthalmia(radang mata) memakannya,dia akn sakit kepala dan akibat buruk lainnya. Nabi SAW melarang Ali r.hu makan kurma ketika dia menderita penyakit ophthalmia.

Sekiranya kurma memberi kesan buruk kepada pemakanannya akibat masalah tertentu, kesan buruk itu boleh dineutralkan dengan memakan buah badam dan buah ganja.

Sekian.

1 comment:

  1. nice...thanks sbb share...cik siti suka kurma...but adik2 cik siti tak brp suka...huhu

    ReplyDelete