Monday, August 6, 2012

-Khasiat telur ayam-


Assalamualaikum w.b.t,

semoga hari ini diberkati dengan nuzul quran...dan kita sebagai umat islam menghayatinya.Petang ni saya nak berkongsi rahsia khasiat telur ayam yang mana Rasulullah sendiri juga menggalakkan kita memakannya..tak percaya?check it out...

Telur ayam adalah yang telur paling baik berbanding telur itik dan macm-macam jenis telur lagi. Telur yang di rebus separuh masak lebih baik daripada yang direbus keras.


Telur yang direbus keras membantu membuang angin dan gas dalam perut..hahh,itu yang anyone yang lepas makan telur rebus akan kentut-kentut..oppss(maaf ayat kurang sopan),ea la nak buang gas dalam perut. ;)
Kuning telur bersifat panas, manakala putih telur bersifat sejuk. Menggosok kulit muka dengan putih telur dapat menghilangkan rasa perit akibat selaran matahari. (okeh,yang ni bagus for those yang nak kulit muka kekal cantik dan gebu.)Putih telur yang dijadikan pes mampu menyembuhkan luka terbakar dan menghilangkan parut. Ia juga menghilangkan nyeri pada mata.


Telur separuh masak mujarab untuk batuk,sesak nafas dan mengurangkan pendarahan. ia menghasilkan banyak kimus iaitu bahan separuh cair yang terhasil daripada pencernaan makanan dalam perut.

Seorang lelaki pernah mengadu akan kelemahan syahwatnya kepada Rasulullah s.a.w,lalu baginda menyuruhnya memakan telur.Hadis ini dicatat oleh al-Baihaqi dalam kitabnya Syu'ab al-Iman.

Banyak kan khasiat telur??selamat mencuba... =)

2 comments:

  1. subhanallah..banyaknya hikmah yang dijadikan Allah..^_^..

    terima kasih berkongsi..

    ReplyDelete
  2. sy suka telur separuh masak. sedap.. thx singgah blog..dah lama folo sini :)

    ReplyDelete