Tuesday, September 11, 2012

pemilihan calon isteri






Assalamualaikum w.b.t,

Hari ini ingin berkongsi cerita bagaimana Sultan Muhammad Al-fateh memilih suri hatinya a.k.a isteri,siapa yang tidak kenal dengan pembuka konstantinople ni. sampaikan saya sendiri mengangkatnya sebagai lelaki idaman..hehe..so,here the story

Seperti kebiasaan malam,Sultan al-fateh akan berjalan seorang diri bagi mengetahui keadaan rakyat. Beliau mengikut contoh pemerintahan Saidina Umar al-khattab.Baginda menyusuri sebuah kawasan perumahan tidak jauh dari Pelabuhan Tanduk Emas. Tiba-tiba baginda terdengar sura seorang gadis sedang membaca al-quran yang suaranya sungguh merdu sehingga baginda tertarik untuk mendengarnya sehingga habis dibaca.


Selesai membaca alquran,ibu si gadis itu memanggilnya untuk menuang susu kambing ke dalam bekas untuk dijual pada esok harinya di pasar. Sedang menuang susu ke dalam bekas,susu tadi telah tertumpah dan menyebabkan susu itu tinggal sedikit sahaja.Lalu,ibu gadis tersebut menyuruh dicampurkan air tetapi gadis itu enggan kerana teringat akan pesan Sultan Al-fateh agar tidak menipu di dalam perniagaan.Mendengarkan sahaja perbualan tersebut baginda terpika dengan gadis tersebut.Lalu baginda punpulang ke istananya.




Pada esok paginya, baginda telah menyuruh Umar bin tharhan ke rumah gadis itu untuk dibawa berjumpa baginda di istana.Pada mulanya,mereka merasa takut kerana mungkin mereka telah melakukan kesalahan,tetapi sampai di istana mereka telah disambut dengan baik oleh baginda.Pada mulanya baginda mahu membeli susu kambing,tetapi setelah itu baginda meluahkan isi hatinya yang sebenar kepada ibu gadis itu lantas ibunya bersetuju.Dan berkahwinlah mereka berdua dan bahagia... =)

Sweetkan dapat lelaki macam ni,tetapi saya sedar lelaki begini sukar untuk di cari,jadi berbahagialah dengan apa yang ada didepan mata,dan perbaiki apa yang perlu.. =)

No comments:

Post a Comment