Wednesday, September 12, 2012

Tips meningkatkan daya ingatan bagi pelajar


Assalamualaikum w.b.t,

seingat saya sekarang ni musim peperiksaan bagi adik-adik kita kan?UPSR minggu depan,Trial SPM sedang berlangsung,Trial PMR baru selesai...jadi,dikesempatan ini saya nak berkongsi dengan adik-adik tips meningkatkan daya ingatan kita yang tak berapa nak ingat ni..check it out...

1. Amalkan tidur yang cukup.
manusia memerlukan tidur yang cukup,masa tidur berbeza mengikut peringkat umur. bagi pelajar-pelajar, memerlukan 8 jam waktu tidur.kalau terlebih boleh mendapat penyakit,terkurang pun boleh mendapat penyakit...jadi,mesti 8 jam sahaja..

2.  Mengawal tekanan
pelajar akan banyak menghadapi stress terutamanya bila sesuatu subjek itu sukar difahami,jadi pelajar perlu tahu how to overcome the stress sebab setiap orang itu berbeza cara mengawal stress,sebagai contoh ada yang suka bersukan bila tertekan,ada yang akan shopping untuk menghilangkan tekanan dan macam-macam lagi..


3. Berhati-hati dengan pengambilan vitamin atau makanan tambahan
masa saya sekolah dulu saya selalu minum madu sahaja itu pun bila dah sekolah menengah.setiap orang berbeza kesan sampingan bila makan vitamin.So,kalau nak ambil supplement,kena minta pendapat dari doktor dahulu atau orang yang bersesuaian.

4.bersenam
aktiviti inilah yang kita kena buat 3x seminggu.bak kata pepatah arab akal yang cerdas terletak pada tubuh yang cergas.banyakkan berjalan pun sudah cukup.

5. banyak membaca
membaca dapat menguatkan daya ingatan dan dapat memperlahankan proses nyanyuk.Amalkan membaca.

6.katakan berulang kali
bak kata pepatah inggeris,practise make perfect.sama juga kalau kita sebut berulang kali maka kita akan ingat.

7.bermain dengan angka.
this is my feveret part.contoh aktiviti bermain dengan angka,mengingati nombor telefon rakan,pakwe,makwe maybe..LOL

8.fokus.
menumpukan fikiran pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.

9.membaca al-quran
sebagai seorang muslim,amalkan mebaca alquran paling kurang satu muka surat sehari kerana ia dapat menenangkan fikiran dan hati kita dan meningkatkan daya ingatan.

itu sahaja untuk hari ini...harap dapat memberi ilmu kepada anda.. =)


3 comments:

  1. yes bermain dgn angka...sudoku best

    ReplyDelete
  2. Pengambilan habbatus sauda boleh kuatkan ingatan kita..
    http://www.muslimchoices.com/?p=minsyam_habbatus_sauda

    ReplyDelete