Thursday, July 18, 2013

Kereta kemek?jom guna air panas...


Assalamualaikum w.b.t,

di sebalik kekecohan mengenai poligami hari ini, saya nak kongsi kisah sedih saya(sedih la sangat)...
cerita ni dah lama aka berhabuk,tapi baru nak up di blog...

look at the picture..OMG...even kemek nye kecik,tapi bagi saya macam nak luruh jantung ni lepas langgar pili bomba...kategori terlanggar sebenarnya,entah la,benda nak jadikan..masa lepas terlanggar tu,tak terus tengok sebab nak straight hantar ayah saya pergi dialisis sebab dah lambat ke tempat kerja.Masa di tempat dialisis la baru saya tengok,masa tu jangan cerita la my feeling,rasa nak menangis kuat-kuat sebab first time kereta calar dan kemek.Macam orang hilang arah pun ada.Terus whatsapp my bro tanya itu ini,tapi lambat dijawab..huarghhh,sedih jugak la tiada orang nak lepas sedih.Kalau bagitahu mak,confirm kena bebel dulu..hihi..then,baru teingat untuk call my dealer ni.

Dia bagi nasihat jangan claim NCD tentang benda-benda kecil macam ini.rugi katanya.So,saya pun ikut la cakapnya.Dia kata boleh ketuk dan semula dalam RM200 je.(rm200 pun duit jugak maa,dah la tengah bulan,memang tak la).Then,keesokkan harinya,saya pergi ke AS Beauty dealer untuk ambil stok,masa kat rumah dealer,husband dia tegur la pasal kereta iolls.Saya terkebil-kebil malu je la yang mampu.Then, dia bagi nasihat, buat air panas(yang menggelegak tu),lepas masak je terus simbah kat tempat kemek,then tolak dia dari dalam.
Iolls pun angguk je la.Ok jugak tu,free cost.. =)  Then,iolls balik rumah cerita la kat my bro pasal pesanan tu.Maka,di pagi ahad yang indah,saya dan my bros buat seperti yang disaran oleh husband delaler tu.
Serius,sangat menjadi...nampak macam tak kemek pun.tapi tak sama dengan yang ori atau asal la.
Apa result dia?Macam mana ghopenye?




Tadaaaa....menjadi takkkk? guna air panas pun boleh...jimat...

Jadi,begini la keadaan kereta ku sekarang.Ku biarkan begitu sahaja,kerana bak kata abangku
"Kau nak bawa pergi mana je?pergi balik ofis je kan?bukan bawak pergi majlis besar-besar pun"
sentap jap masa dia cakap macam ni...ahahaha..apa taknya,saya sebenarnya nak nampak kereta ni seperti asalnya.Memang niat nak melabur lebih,tapi my bros kata bumper keretaku ori,tak payah la tukar lain dulu.Kalau dah teruk sangat,baru tukar.

Jadi,selaku adik yang taat,ku pun turut kan saja,lagipun menjimatkan kos..hehe,tak payah keluar duit pun.
Ini bagi orang yang berfikiran seperti saya la.Kalau yang jenis jaga kereta baikk punya macam jaga aweks/pakwes,memang gerenti modify terus...hihi.

K la,sampai sini sahaja untuk entry kali ini....kalau ada siapa-siapa yang mengalami nasib yang sama dan nak free cost,boleh la cuba seperti saya buat. =)

Wassalam...Selamat berpuasa bagi yang beragama islam.


8 comments:

  1. nice tips.tak pernah lak trfikir nk guna air panas tuk tolak blk kemek tu...keta sy pn ada kemek gak...kena cuba nih...hehe...

    salam ramadan :)

    ReplyDelete
  2. Macam mana nak tolak dari dalam tu? Sis sembur air panas ke kan kat tempat yang kemek tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kes sama macam saya,boleh la tolak dari dalam.Air panas menggelegak tu,terus je tuang kat tempat kemek.Then,habis je tuang air,terus tolak dari dalam,kalau takut panas,standby kain masa tolak tu.

      Delete
  3. saya dah try.tapi x menjadi. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ermm,mungkin tak sesuai dengan kereta anda.Jangan berduka nestapa,sila bawa ke bengkel

      Delete