Saturday, July 20, 2013

Neraka selama-lamanya?

sumber dari google

sumber dari google

Assalamualaikum w.b.t,

Selamat berpuasa bagi semua yang beragama islam,dan kepada yang non muslim yang sedang belajar berpuasa, puasa sampai maghrib tau,besttt =)

Di suatu petang yang indah,ketika sedang 'menikmati' traffic jam dalam perjalanan pulang dari tempat kerja ke rumah, saya mendengar bual bicara di ikim fm "islam agamaku".Dj Norhayati Paradi dan tetamunya if i'm not mistaken la,one of  Malaysia Reverted Muslim(MRM) member.(nak tulis nama,tapi takut bukan orangnya,hehe,so tulis one of the member sahaja la).

Saya dah lama follow MRM ni,tapi belum pernah dengar bual bicara/ceramah bersama mereka di ikim.(So,lebih kurangnya macam ini la,saya kurang mendengar IKIM) isk,isk,isk...mari mendengar IKIM =)

Back to the topic,"islam agamaku".Tajuk ringkas sahaja.At first,saya terfikir,apa yang mereka nak bualkan ya?tajuk terlalu umum.Mula - mula tu,a bit bosan la,sebab saya dengar tak dengar sahaja,then sampai ke satu topik tentang macam mana cara nak jawab soalan-soalan dari non muslim tentang islam.

One of the question,for me,it is a bit tough la,for the rest may be senang nak jawab.Kalau bagi saya,saya terdiam.The question is Allah itu maha adil.Tapi,selama di dunia, seorang muslim ni buat jahat sepanjang hidup dia,contoh dia hidup selama 50 tahun,then,bila dia mati dia akan masuk neraka selama-lamanya kan?kalau macam itu,Allah itu tak adil la,orang itu buat jahat 50 tahun,so masuk neraka,50 tahun je la,kenapa kena sampai selama-lamanya?

What would you say friends if non muslim asking you like that?For me,before I know how to answer it,i'll be speechless.Seriously. Then,Dj tadi tanya that brother how to answer it.The answer lebih kurang macam ni:

Ia bergantung kepada the degree of crime.The,brother tu bagi kiasan macam ni.Contoh,kes rogol.Seperti yang kita tau,perogol tadi akan disebat berkali-kali dan dipenjara untuk tempoh yang lama,contoh 3x sebatan dan 15 tahun penjara disebabkan dia merogol seorang perempuan selama 1 jam,contoh ek. Kalau macam tu,tak adil la bagi perogol tadi,rogol cuma sejam tapi kena sebatan dan dipenjara bertahun-tahun,baik bagi dia duduk di penjara sejam. (Boleh nampak tak apa yang saya cuba sampaikan?)

Sabar ya,bagi kita tak adil la kan perogol tu kena penjara sejam,betul tak?sebab apa?sebab kita kena fikir kesan ke atas mangsa rogol tadi,betul tak?apa kesannya?kesan ke atas fizikal dia,mental dia terutamanya,adakah dia akan terus trauma sampai bila-bila disebabkan kejadian rogol tersebut.Adakah mangsa tadi akan gembira setelah dia dirogol?tidak sama sekali.Dia akan ingat,dan mula mengalami kesan buruk terutamanya kesihatan dia,dia akan jadi murung,tak nak bersosial dengan masyarakat,mengurung diri.See,the big effect on the victim..Nampak tak adilnya hukuman ke atas perogol tersebut selama bertahun-tahun?

Macam itu juga hukuman Allah ke atas hambaNya.Allah knows the best.Selalu kita mendengar ayat begini,bagi la peluang ke dua untuk aku hidup di atas dunia ini,nescaya aku akan menjadi mukmin yang beriman kepada Allah.Bagi lah peluang berkali-kali hidup di atas dunia ini,nescaya manusia itu akan tetap melakukan kesilapan yang sama.
Jadi,kita hidup sekali,TOLONG JANGAN SIA-SIAKANNYA.Kembalilah selagi nafas masih ada,belum sampai dikerongkong.

Maaf atas contoh yang kurang sopan di atas.Itu yang brother tu bagi contoh ya,saya tulis sahaja.Okeh,I give you another example.Kenapa orang yang mengedar dadah akan dikenakan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup,sedangkan dia mengedar sekali itu sahaja?Kenapa?Ada jawapan?Mesti la ada kan. =)

So,berbalik kepada soalan di atas mengenai muslim yang berbuat jahat selama dia hidup.It is depend on the degree of the crime that he done.Membunuh,membuat maksiat,tidak solat dll,so he will stay longer in hell.


That's what i get and understand on the bual bicara.Jika ada salah pemahaman,sila betulkan ya. Sesungguhnya manusia itu tidak sempurna.

Rasa nak bercerita mengenai on off tudung ni,tapi in the next entry.tunggu...Sekian dari saya.Maaf andai ada salah silap dan bahasa yang kasar/kurang sopan. =)

-Belladeone-

No comments:

Post a Comment