Sunday, August 11, 2013

Review sepanjang ramadhan


Assalamualaikum w.b.t,

Selamat hari raya....macam mana dengan raya anda semua?pasti meriah,la ni mesti duk sibuk ke rumah saudara-mara,iolls tak ke?iolls tengah duk mengadap lappy ni,tengah duk memikir bila nak mula puasa 6...hehe....

Jadi,sempena cuti-cuti ni dan tengah senggang ni, saya nak kongsi sedikit pengalaman sepanjang ramdhan saya.Jujurnya,saya ni nak dikata tiap-tiap hari ke masjid sepanjang bulan ramdhan tu tidaklah di sebabkan kerja yang telah di amanahkan kepada saya.Jadi,bila free waktu malam,baru dapat ke masjid,nasib baik la 7 malam terakhir wa dah kosongkan waktu malam wa,kalau dak,terlepas malam tujuh likur...semoga kita semua yakni umat islam dapat bertemu dengan malam yang dinanti-nanti iaitu malam lailatulqadr,malam yang lebih baik dari seribu bulan...banyak tu pahala...

the thing that I want to share is about saf/shaf.ya saf.Shaf/saf tu maknanya barisan solat. Saya bukannya nak condemn atau ingin mengkritik tapi ini sekadar luahan hati saya sepanjang berterawikh di masjid. So sad,bayangkan...kita ni yang dah tahu caran merapatkan saf tapi orang di sebelah kita saya sendiri pun tak tahu nak kategorikan apa,sama ada tahu tapi tak buat atau tak tahu jadi tak buat. Setiap kali solat,ok la cuma sekali je dapat rasa bersentuhan bahu di antara orang sebelah, waktu lain,.....sangat sedih,saya selalu terfikir,solat aku ni diterima ke tidak,apa taknya syarat asas untuk berjemaah ialah bahu dan bahu antara jemaah mestilah bersentuhan ataupun kita kata mestilah rapat,tak boleh ada ruang pun,kalau ada ruang syaitan yang akan penuhkan.kalau puasa mana ada syaitan belladeone,rasa-rasa siapa ek yang isi ruang itu? :p 

ni shaf untuk lelaki,kena ikut macam ni tau kaum adam..ikut jangan tak ikut..
kalau perempuan bahu kena rapat dan kaki bukan macam lelaki,tapi bentukkan macam V,pastikan ruang ditengah tu boleh letak satu kaki

kalau saf lelaki saya kurang pasti,tapi saf perempuan hurmmm kena perbaiki lagi untuk tahun hadapan.Kadang-kadang saya terfikir masa di masjid itu,siap dah tampal notis"rapatkan saf,ia bukan masalah kaki,tapi masalah hati"..sampai dah tampal notis ni kat depan saf tu,tapi macam tak de fungsi je...lepas itu aku terfikir,kalau aku tak pergi solat di masjid,tak ada la pahala jemaah,tapi kalau pergi,duk was-was solat aku ni di terima ke tidak..last-last aku fikir macam ni, aku dah berusaha untuk merebut pahala dan cuba sedaya upaya merapatkan saf,sekejap ke kiri,sekejap ke kanan,maklum lah aku suka duk tengah-tengah saf,sepatutnya aku tak yah gerak,tapi memandangkan orang di kanan dan kiriku tak mo berganjak,aku la yang mengalah...


so,thats my story sepanjang solat di masjid. :) if ada salah info di atas ni,please do correct me ya....selamat hari raya uolls...

update:dipetik dari Majlis Ta'lim Darul Murtadza Dari Abu Mas'ud r.a. pula, katanya: "Rasulullah s.a.w. mengusap bahu-bahu kita dalam shalat dan bersabda:

"Ratakanlah - saf-saf dalam shalat - dan jangan bersilih-silih lebih maju atau lebih ke belakang, sebab jikalau tidak rata, maka hatimu semua pun menjadi berselisih. Hendaklah menyampingi saya - dalam shalat itu - orang-orang yang sudah baligh dan orang-orang yang berakal di antara engkau semua. Kemudian di sebelahnya lagi ialah orang-orang yang
bertaraf di bawah mereka ini lalu orang yang bertaraf di bawah mereka ini pula." (Riwayat Muslim)


~belladeone~

No comments:

Post a Comment