Saturday, January 25, 2014

Company trip ke Langkawi 2014


Assalamualaikum w.b.t,

Petang ini nak kongsi ceritera trip syarikat ke Langkawi baru-baru ini. Rancangan nak ke sini sebenarnya dari tahun lepas lagi,cuma waktu yang paling sesuai adalah tahun ini,jadi here we went there. =)

Yang bestnya, kami pergi balik Langkawi naik flight,hehe,mekaseh bos...kalau tak,tak tahu la bila boleh merasa naik kapal terbang lagi.This is my third time.

Kalau ikut perkiraan, ini kali kedua aku ke Langkawi.First pergi tahun 1998. Uishhh,masa nak pergi tu,I'm so excited tak terkata. Maklumlah,dah jarang pergi melancong ni, kais pagi makan pagi la katakan. Dah banyak plan or activity before kami pergi ke sana. Banyak jugak yang tak jadi sebab cuaca contoh tak dapat naik cable car sebab angin kuat masa kami sampai sana.Nak tunggu barisan yang panjang macam kereta api tak sanggup. Last-last, duck tours je,haha,so funny naik duck tours.Macam bagi gula-gula dekat budak-budak supaya berhenti nangis, kalau orang besar macam ni,memang tak umpphh la. Memang confirm nak naik cable car jugak.

Selain itu,tak dapat take island hoping tours,ini yang paling aku frust. Sebab aku memang nak sangat pergi keliling tasik.Tapi disebabkan kekangan waktu dan ibu-ibu mengandung,kami batalkan niat ke sana. Jadinya, tempat yang kami pergi antaranya Pantai Chenang, Makam Mahsuri, HIG Mall, Idaman Suri(Idaman suri ni tutup hari jumaat tau,ingat), Langkawi Geopark,Dataran Lang, Restoran Rasa Eksotika di Pantai Chenang, Nusantara Gamat, dan airport(hehe).

Kami menginap di One Hotel Helang,betul-betul sebelah airport.Not bad la tinggal di sana, bilik ok,makanan ok,pool dia je tak dapat mandi sebab segan dengan suami-suami staff company ni.Haha. Tempat nak beli souvenier untuk kaum kerabat(family) bagi aku di pantai Chenang contoh macam baju-baju la. Kalau yang lain-lain itu,beli kat pekan Kuah je. Kalau nak beli baju putih je boleh dapat Rm5 sehelai, kalau nak beli baju hitam/warna-warni, boleh dapat mula dari rm15. Ada la beli sehelai untuk diri sendiri,untuk family beli coklat yang berlambak.

ni first lunch kami di sana,di tepi pantai yang indah,ahaha, semua dah kebuloq, asal nampak gerai terus sambar,tak memilih dah, janji dapat makan dari tak da.

di Pantai Chenang, pandai budak ini edit.. =) kitorang yang gegurls main air tepi-tepi je, mandi tidak la.

makam mahsuri,seram meh masa tengok gambar-gambar mahsuri di dalam rumah Mahsuri tu, meremang jugak bulu roma

ni masa naik duck tours...funny

sekian,

dari yang kurang rajin menaip entri panjang berjela,
~belladeone~
25/1/2014 16:48

No comments:

Post a Comment