Wednesday, January 1, 2014

Pillow Talk bersama Melur Jelita


Assalamualaikum w.b.t,

Selamat tahun baru kepada sesiapa yang membaca coretan ini,ya anda la.. :) 

Jari-jemari ini gatal untuk menaip di blog yang berhabuk ini,entry yang tertangguh sejak berbulan-bulan dulu.

Actually,beberapa bulan yang lalu,I mean tahun lepas I joined gathering bersama Kak Melur Jelita dan Divas yang hot dan pedas berapi(including me)

Semuanya bermula,gara-gara saya 'terbeli' novel bestseller 'I luv u stupid',beli pun sebab saranan daripada anak saudara tambahan pula dah lama tak beli novel,jadi aku pun beli tapi dalam hati "macam tak best je novel ni,tapi layan kan je la"


dan hanya selepas 2 minggu terperuk dalam bilik,baru la aku baca atas sebab rasa nak baca sesuatu.Lepas baca 3 ke 4 bab,baru la mood excited itu datang.Masa itu tak payah cerita dah,makan minum aku dah tonggang terbalik,haha,bila ingat balik kelakar pulak. Masa mula-mula nak beli itu siap kutuk novelnya,tapi dah baca rasa macam jatuh cinta pulak..(lain kali jangan kutuk,nanti suka,ahaks)

Bila dah habis baca,mula la nak mencari siapa Kak Melur ni,hot sangat ke,orangnya macam mana, dan terjumpa la fan page Melur Jelita di FB. Apa lagi,like la fan page kak Melur.Rasa seronok dengan bebelan dan nasihat-nasihat beliau dan gambar abang pedas Firman Ebrahim.Sekitar 2 bulan lepas itu, kak Melur pun post tentang gathering ni. Mula-mula baca, tak terasa nak join sangat,tapi disebabkan nak tengok kak Melur secara berdepan dan berbual-bual dengan beliau,maka ku pejamkan je la mata untuk transfer duit untuk join gathering tu,even masa itu dikira tengah pokai jugak la.

Then,the time comes,pagi hari nak pergi itu, rasa  nervous,takut (takut sebab saya berani mati main pergi tanpa saya kenal orang-orang yang akan hadir gathering tu,tapi bagi aku, kita kena kenal orang baru,baru kita akan lebih memahami dunia,asyik kena berteman je,kira macam play safe la,paham dak apa aku cuba sampaikan?tak paham tak apa,ahaks)happy semua ada la,dan yang paling tak menahan bersiap macam nak pergi first dating tuh,ahahaha...memang kelakar kalau ingat balik. Then,siap berdandan,aku pun drive alone ke tempat itu.Tempat itu sebenarnya di Kemensah Waterfall belakang Zoo,UK.

Terima kasih kepada GPS garmin kerana menunjukkan arah ke sana,al-maklumlah aku ini bab-bab jalan memang fail area KL ni,kena pergi banyak kali baru ingat jalan. Waterfall ni jauh terperosok kat dalam hutan tu,jauh jugak la lepas dari Zoo tu,memang mencabar jalan ke sana sebab jalan untuk sebijik kereta je,bayangkan lah kalau berselisih dengan kereta lain,memang menggigil masa tu sebab sikit lagi nak jatuh gaung yang bawahnya ada sungai,elok aku yang nak terjun sungai, dengan kereta-kereta sekali terjun sungai,memang seram kalu ingat balik..

Then,bila dah sampai kat waterfall, aku usha dari dalam kereta kawasan tu,macam best je,macam best je tempat ni.Siap ada air terjun lagi,sungai dia pun bersih.

Lama juga aku stay dalam kereta (siap berselfie bagai dalam kereta) sebab aku tak nampak orang-orang yang join gathering ni,bunting ke apa ke tak nampak, last-last aku usha orang yang parking sebelah kereta aku ni macam yang join gathering tu,aku pun follow la dia dari belakang dengan muka selamba kononnya tahu tempat yang nak dituju.ahaha...

Rupanya kena jalan ke dalam sikit baru nampak tempat eventnya,alahai,penat je tunggu lama-lama dalam kereta.Dan aku pun mendaftar di tempat pendaftarannya,kat situ pun dah ramai siap jual novel-novel  dan tudung bagai.Masa ni aku rasa segan sebab datang seorang diri,baru la terfikir kan bagus kalau ada member sorang tak de la segan macam ni,ahaha.Then,mereka minta aku ke tempat makan untuk sarapan pagi.Masa tengah berjalan tu,ternampaklah orang ramai sedang sibuk menangkap gambar beramai-ramai dengan kak Melur berlatar belakangkan air terjun.Aku tengok macam nak join je tangkap gambar tapi aku segan sangat,last-last aku pergi ke khemah makan untuk minum air.

Lima minit macam tu,mereka habis take pictures,masa ni ramai yang ke khemah sebab nak minum dan makan,akhirnya baru la aku bertegur dengan divas yang join,nasib ada yang sebaya aku,jadi aku berkepit la dengan mereka(kembar) ke mana pergi sepanjang gathering 2hari 1 malam tu. 

Tak lama aku berlegar-legar kat situ,kak Melur datang tegur aku sebab gaya aku macam tak erti nak bergaul dengan divas(mula-mula memang pun,sebab aku ni tak reti nak breaking ice/ramah tamah terus dengan divas disitu,yang bestnya kak Melur ingat aku sebab aku rajin jugak mengomen di fan page beliau,kak Melur siap cakap dia ingat aku ni dah tua dan dah kawen sebab cara aku menulis macam orang matang(matanglah sangat saya ni kak Melur,ekekeke) yang bestnye kak Melur siap puji aku cantik,ahaha,(tapi aku sedar,dia cuba nak mesra dan aku biasakan diri,jadi bagai diangin lalu je aku anggap pujian itu,hehe)

Dalam pukul 2 petang,akhirnya program Pillow talk bersama Melur Jelita NLKO pun berlangsung,siap ada polis bagai,nasib tak de serupa Firman Ebrahim,so aku bajet la aku tak heran dengan diorang,plus mereka semua dah kawen,jadi tak de kelas la wa nak ngorat-ngorat atau bereyemo,jadi tingkah laku aku pun sopan sepanjang program itu,ekekeke.(ni la perangai budak nakal)

ni la abang pedasnya,macam mana???Bonda Hasmah Abu yang membawa mereka,abang-abang polis ni datang atas arahan dari IPD Bukit Aman.Diva takkk? ekekekeke

Gambar ini selepas selesai program.Mana saya???

Sekitar 5 petang,baru habis program,dan acara selepas program ni yang aku tunggu-tunggu,hehe...berkubangggg,atau bahasa sopannya mandi-manda di sungai,yahoooo...

ni air terjunnya....best kan?walaupun tak dalam sangat,tetapi bila mandi bersama divas,jadi seronok.

Aku dah lama tak mandi sungai,jadi bila mandi sungai  ini rasa macam happy sangat.Rasa seperti bila mandi itu macam seorang puteri sedang bersiram dengan airnya yang sejuk dan jernih,huh...feeling habis (dont over imagine ok??)

Mandi tak hengat dunia sampai ke maghrib mandi.Pukul 7 je terus balik pondok(tempat tidur malam tu)
ni la pondok buruk kami.dalam bilik tu,muat2 tidur 4 orang je...ahaha

Malam tu, kami makan bersama-sama dan bernyanyi beramai-ramai tapi yang paling best nyanyi lagu sedetik lebih beramai-ramai,rasa kasih-sayang masa itu.(teringat hilman yong dan puteri intan zulaikha)
Selain itu,kami diperkenalkan dengan makanan orang cham,aku tak ingat apa nama makanan tu,kalau nak tau kena baca novel ILUS tu,beberapa jenis makanan dalam novel tu,saya dapat rasa.Sedap jugak la.

Lepas makan,kami bersembang-sembang dengan kak Melur,tanya apa yang kami nak tanya tentang semua novel beliau.Dan aku,dengar je sebab tiba-tiba blur tak tahu nak tanya apa.hehehe...kami bersembang sampai pukul 12 lebih,then baru balik pondok untuk tidur.

ni salah satu makanan orang cham,tak ingat nama


sekitar waktu malam,sesi makan-makan..bestttt

Esoknya,nothing different than yesterday,kami bersembang-sembang dulu dengan kak Melur,sesi bersalaman dan berpelukan dengan semua divas before sambung mandi-manda.Then,after lunch,kami bergerak pulang tapi aku tak sampai lunch la sebab nak attend fren's wedding that day.Sempat la bersalam dengan kak Melur dan divas lain.

Kesimpulannya,gathering ni sangat awesome dan the best memory for 2013 for me.Saya kenal dunia baru iaitu dunia yang penuh kasih-sayang.

Dan,saya tepek sekali beberapa pics sepanjang gathering ni.
before that,I got news from kak Melur which is apa yang ditulis dalam ILUS adalah kisah benar
baca sini kisah benar

I wonder why suddenly kak Melur exposed tentang ni,berani tuu...tapi 2 benda kak Melur tak beritahu,is it Firman dan Iris benar-benar wujud?
Lalalala,for me,jika Firman wujud dalam realiti sebenar pun,mesti dia dah kawen dengan Iris,tak pun kalau belum kawen,belum tentu saya dapat jumpa dengan dia yang kacak lagi hot tu,ahaks...so,better don't ask jika tahu kenyataan yang tak boleh diterima.. :)

ini adalah coretan kak Melur
Salam divaz,

99% cerita dan watak dalam I LOVE YOU, STUPID! adalah benar.

* Kisah Ahmad adalah benar.
* Ribut adalah benar.
* Kehilangan ic dan pasport adalah benar.
* Keluarga mai tuan benar2 wujud dan mai tuan adalah seorang wanita yang sangat jelita.
* melarikan diri dari komunis dengan berenang menolak sampan adalah benar
* dan banyak lagi yang benar2 berlaku digarap dalam ILUS.

Bacalah I LOVE YOU, STUPID! anda akan lebih memahami. Bagaimana satu bangsa yang bernama Melayu Cham kehilangan negara dan seorang putera kehilangan mahkota. Akibat kerakusan politik , angkuh dengan kuasa, tidak meletakkan Islam di tempat yang sewajarnya dan rakyat diabaikan menyebabkan satu tamadun bangsa yang pernah agung pada masa dahulu lenyap dari peta dunia.





kek firis

kek Firis

pic yang aku suka,cakcibor yang cantikk...

hasil contengan dayang,cantik kan??i love horse..


sekian,wassalam...

~belladeone~ 01/01/2014-5.25pm

No comments:

Post a Comment