Saturday, January 25, 2014

Sedikit kisah Nabi Kesayanganku-Nabi Muhammad s.a.w


Assalamualaikum w.b.t,

Selawat dan salam ke atas junjungan besar, kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w, (kalau ikut Habib Ali lagi panjang, s.a.w wa a'ala alihi wasahbihi wasallam.) Bulan Rabiu'l Awal adalah bulan kelahiran baginda. Walaupun saya menulis entri ini selepas tarikh kelahirannya, namun memperingati insan yang mulia ini bagi saya, tiada batas waktu. Insan yang sangat mencintai umatnya (iaitu kita, tidak kira bangsa apa sekalipun melayu,cina, india, pakistan,bangla,jepun, korea, orang putih,semua adalah umat Nabi Muhammad s.a.w, islam atau tidak.)

Apa yang membuatkan aku tergerak hati untuk menulis entri mengenai baginda bermula daripada terdengar lagu In-team bertajuk Pemergianmu. Lagu ini menceritakan tentang detik-detik terakhir sebelum baginda menghembuskan nafas terakhir.Boleh tengok liriknya di akhir entri ini. Waktu mendengar lagu ini terdetik dekat hati betapa aku masih kurang mencintai seorang insan yang agung ini, walaupun sering berselawat tetapi ia hanya dibibir,tetapi tidak berkesan dihati. Tidak selari perbuatan,perkataan dan rohani. Dan terdetik dihati, "Kenapa aku tidak boleh benar-benar menghayati sewaktu memuji baginda, sedangkan baginda mencintaiku(umatnya) melebihi dari dirinya.Ya Allah,berikan aku petunjuk-Mu.

Jika kita berdoa kepada Allah,nescaya akan Allah perkenankan. Ya. Allah mendengar doaku. Allah menggerakkan hatiku untuk mendengar lagu ini, dan kini aku mengerti betapa cintanya sahabat-sahabat kepada baginda s.a.w. yang mana aku turut merasainya,mungkin tidak sehebat mereka tetapi cukup untuk ku kata terima kasih Allah kerana memberi nikmat untuk mencintai insan agung yang mulia ini dan juga merupakan kekasihMu Allah.

Aku kongsi serba sedikit biodata Nabi Muhammad s.a.w yang aku ambil dari blog lain(hehehe)

Marilah kita mula menanamkan niat untuk berselawat kepada baginda setiap hari,tidak semestinya atas tikar sejadah sahaja, bila-bila dan dimana-mana (kecuali dalam tandas,hehe) berselawat ke atas baginda asalkan kita terdetik untuk berselawat,maka berselawatlah,tidak semestinya berselawat kuat-kuat,I mean kita bersuara, dalam hati pun cukup, selagi perbuatan kita itu ikhlas.

Kerana orang yang paling pemurah itu adalah orang yang berselawat kepada baginda dan apabila terdengar nama baginda,maka dia berselawat. Dan orang yang paling bakhil itu adalah mereka yang tidak berselawat kepada Nabi Muhammad dan tidak berselawat jika mendengar nama Nabi Muhammad s.a.w. Hatta, Allah dan penduduk langit juga berselawat kepada baginda,inikan kita sebagai umatnya. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan itu.Amin.




BIODATA RASULULLAH S.A.Wsumber asal

1. Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
2. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Mekah)
3. Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
4. Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
5. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
6. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
7. Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
8. Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)


SEJARAH RINGKAS RASULULLAH S.A.W: 

USIA 5 TAHUN
* Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.

USIA 6 TAHUN
* Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
* Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
* Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
* Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
* Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
* Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
* Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
* Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
* Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
* Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
* Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
* Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
* Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
* Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
* Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
* Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
* Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
* Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
* Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W
1. Khadijah Binti Khuwailid
2. Saudah Binti Zam’ah
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7. Zainab Binti Jahsy
8. Maimunah Binti Harith
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10.Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’



Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:sumber asal
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.

(Ya Rasulallah...)

Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira?
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia ?kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulallah

Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan BERSAKSILAH sesungguhnya
Kami merinduimu


feeling blessed,
~belladeone~ 10:55 25/1/2014

No comments:

Post a Comment