Saturday, March 22, 2014

Mengidam Bubur Sum-sum


Selamat petanggggg,

Petang ni tiba-tiba mengidam nak makan bubur sum-sum ni, umphhhh,dapnya.... ingat lagi,masa kecik-kecik dulu suka sangat makan ni, kalau boleh tiap-tiap hari nak makan,tapi jenuhlah mak aku nak kacaunya, huhu... dolu dolu, kalau nak makan ni, kena tolong mak kacau bubur nya sampai meletup-letup kena kat tangan, tapi ku tahan jua demi nak makan punya pasal, dulu mak aku ajar cara manual, bila dah besau ni baru tahu boleh dikukus,huhu...lambatnya tahu.nampak sangat dah lama sangat tak makan bubur ni,tapi kan masa aku kecik dulu, mak aku tak panggil bubur sum-sum tapi panggil otak-otak,ahaha, tu yang bila dah besar ni konfius mana satu otak-otak, mana satu sum-sum, ye la, beza negeri, beza panggilannya.

Ok la, aku nak drop resepi nya kat sini, untuk rujukan masa hadapan, :p

Bahan-bahan:

1.5 cawan tepung beras
1 sudu makan tepung jagung
4 cawan santan dari 1/2 biji kelapa
1/2 sudu teh garam


Cara penyediaan: 

Panaskan kukusan.

Satukan kesemua bahan dan tapiskan dalam periuk. Kacaukan adunan sebentar dan tuangkan dalam loyang yang telah disapukan minyak. Kukuskan selama 5 minit. Tutup api dan sejukkan.

Potong dan hidangkan bersama air gula merah.


AIR GULA MERAH 

Bahan-bahan:
1 cawan gula merah
1 cawan gula biasa
2 cawan air
1 helai daun pandan - simpulkan

Cara penyediaan:

Panaskan semua bahan sehinggan mendidih. Tapiskan dan sejukkan. sumber:sini

Daaaaaa....

#actuallytaktahunaktulisapasebabitudropresipidisini...

~belladeone~ 22/3/2014 ~ 15:50

updated: mengikut wikipedia, asal usul bubur sum-sum ni dari jawa. majlis mkn bubur sum sum ni biasanya di buat sehari atau 2 hari lepas abis kenduri, jamu org kg yg sama2 rewang masa kenduri. nama sum sum tu katanya untuk mengembalikan sum sum tulang yg penat wat keje masa kenduri tu la... yg diceritakan la. biasanya org buat dgn gula merah je, tp gula melaka lagi sedap.
tak tahu la betul ke tidak,wait wait wait..kalau aku suka makan bubur ni maksudnya aku orang JAWA la ye? aikkkk....

No comments:

Post a Comment