Saturday, March 15, 2014

"Puisi untukmu, Firman Ebrahim.."

"Puisi untukmu, Firman.."

Kredit to:sini

Firman! Siapa sebenarnya kau?!

Ingin sekali aku tahu siapa sebenarnya kamu,Firman!

Adakah engkau benar benar wujud..

Atau hanya omongan kosong yang dicipta oleh penulis?

Firman, aku tidak mampu menjawabnya..

Aku tidak dapat menekanya..

Dan aku tidak sanggup untuk memberi jawapan palsu hanya untuk puaskan hati aku 

dengan mengatakan

yang kau benar benar wujud..

Firman,jika benar kau wujud di muka bumi Allah ini,

Kau tunjukkan lah dirimu,Firman

Walau dimana engkau berada..

Walau dimana engkau bersembunyi...

Aku bermohon jika ditakdirkan oleh Allah yang engkau

benar benar benafas di dalam dunia yang fana ini..

Aku berharap aku dapat bersua muka denganmu...

Aku berharap aku dapat melihat wajahmu..Firman.

Allah..siapa yang tidak mahu lelaki seperti Firman?

Siapa yang tidak mahu lelaki yang menghormati mai tuannya, babanya, ahli keluarganya 

serta saudara maranya sendiri sesama umat islam..?

Siapa yang tidak mahu lelaki yang jujur menjaga kehormatan seorang gadis yang bukan 

mahramnya ketika di Kemboja?

Siapa yang tidak mahu lelaki yang sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan 

kesucian agama Islam?

Siapa yang tidak mahu Ya Allah..

Jujur aku katakan, hanya wanita bodoh yang sanggup menolak lelaki seperti ini...

Aku tahu dia tidak sesempurna Nabi Muhammad..

Aku tahu dia banyak kelemahannya..

Tapi siapalah aku untuk mendampingi manusia junjungan Allah itu?

Layakkah aku??

Aku tahu aku hanya manusia biasa yang alpa dengan perintah dan suruhan mu wahai 

Tuhan...

Justeru, aku berdoa agar dikurniakan olehMu lelaki seperti Firman Eibrahim..

Walau tak mirip, hanya keperibadiannya saja pun cukuplah...

Firman..Jujur aku katakan...

Walaupun engkau hanya wujud di alam fantasi ku dan bukannya di alam realiti ku..

Aku begitu terpesona mendengar kata katamu...

Aku begitu terpegun mendengar suaramu ketika bercakap bersama bunga cinta Iris mu...

Aku begitu teruja sekali ketika Iris mu menganalisa dirimu.

Hidung Firman yang mancung terbentuk..

Pipi Firman yang kemerah merahan ketika marah..

Bibir Firman yang merah bak buah delima..

Dagu Firman yang cantik berlekuknya..

Kening lebat Firman yang tersusun rapi..

Bulu mata Firman yang sopan melentiknya..dan

Mata Firman yang begitu mempersonakan seolah olah menampakkan Iris Nur yang sangat 

cantik di dalam mata itu..

Firman, aku ingin sekali memberitahumu..

Terkadang aku berasa cemburu melihat engkau bersama isterimu melakar kebahagiaan 

indah bersama..

Sehingga aku merasakan bahawa Iris gadis yang paling bertuah memiliki diri mu, Firman..

Dan juga Iris Nur bertuah menjadi perempuan yang halal untuk engkau sentuhi wahai 

Firman Eibrahim..

Firman, izinkan aku mencoret buat kali terakhir tentang dirimu..

Aku tidak tahu mengapa naluri ku kuat mengatakan yang engkau benar benar ada...

Dan sedang menunggu seseorang untuk melengkapkan hari harimu dengan kenangan 

yang terindah..

Kenangan yang engkau selitkan dengan perasaan cinta dan kasih sayang...

Kenangan yang penuh dengan dunia romantis yang kau cipta sendiri bersama Iris mu..

Dunia itu hanya ada engkau dan si dia..

Firman, jujur aku berharap..

Akukah gadis yang bertuah itu?

Wallahualam...

Bahagialah wahai Firman dan Irisku..aku mendoakan cinta yang kalian berdua lakarkan 

berterusan hingga ke Syurga Firdausi dan diberkati olehNya..Amin.


Selamat petang divazzzzzz, puisi ini dinukilkan oleh salah seorang peminat Firman

 Ebrahim,hero ILUS & MYPI. Nak tahu siapa,pergi cari kat link atas,usaha tangga 

kejayaan.Hehe. 

Hebat budak ni, sebab pandai mengekspresikan hati dia melalui puisi. 

Dalam pasrah dan redha terhadap Firis, dia berdoa jugak yang Firman ni masih solo.(yang 

di alam realitinya.) Adehhh,tak boleh nak cakap apa kalau orang dah suka sangatt tahap 

fanatik ni. 

Ikut apa kata kak Melur,cerita ILUS 99% peratus benar.Ahaaaaa...ni yang menarik. Kak 

Melur ni ada bagitahu yang dia dah jumpa calon firman yang sebenar, sama macam 

gambaran dia dalam novel.Maksudnya orangnya bukan Ananda Everingham tetapi Firman 

sebenar,nama dia sahaja bukan Firman. Kitorang dalam group tu cuba la korek rahsia 

tu,cara terang-terangan dah cuba,cara provoke dah cuba,tetap tak nak bagitahu. Tunjuk 

gambar pun tak bagi.Cehh.Last2,aku komen macam ni,(Kak Melur simpan la sorang-sorang 

Firman tu,tak nak la saya tengok muka dia,nanti tak sama macam bayangan Kak 

Melur,SPOILLL jadinya.Hahahha.)

Ada dua perkara yang aku nak beritahu pada orang yang GILA DENGAN FIRMAN ni.

1. Kalau nak sangat Firman,rasa bertuah macam Iris ni, divas semua sedia akan ketiadaan 

dia tanpa disisi sepanjang waktu???SANGGUP? Bersedia akan kehilangan dia bila-bila masa 

kerana dia anggota polis???? Kalau sanggup,baca perkara ke-dua ni.


2. Kalau nak sangat tahu Firman ni wujud ke tidak,u got two ways to find it. First, pergi 

panjat mana-mana balai polis ke,tak pun pergi pejabat PDRM Bukit Aman ke cari Firman 

ni.Hehe,ada berani???? (kalau hang buat yang ni,memang nala la,ekeke).....cara ke-2, 

divasss jadi polis la senang,sarjan ke,konstabel ke, tak pun inspektor sebab jadi inspektor 

dapat peluang jumpa dengan pegawai atasan(ye ke?aku main tulis je yang ni,tak tahu 

betul ke tidak).Jadi polis ni peluang nya lebih cerah sikit nak jumpa Firman real berbanding 

rakyat jelata seperti saya. 

Jadi,mana satu yang anda pilih??no satu ke no 2???ekeke, Selamat mencuba dan semoga 

berjaya ya.

~belladeone~ 15/3/2014 15:22

1 comment: