Sunday, March 23, 2014

Tangisan Imam Ahmad Bin Hanbal

Assalamualaikum w.b.t,

Malam ni sekadar berkongsi mengenai tangisan Imam Ahmad Bin Hanbal ataupun Imam Hanbali...Dengar syair ini, make me sad too. :( 


kredit:sini

Jika Tuhanku bertanya padaku...
tidak malukah kau bermaksiat padaKu?

Kau sembunyikan dosamu dari makhlukKu..
dan datang padaKu dengan penuh dosa.

Bagaimana aku nak jawab duhai diriku yang malang?..
dan siapalah yang dapat menyelamatkan aku?

Aku terus menyogok jiwaku dengan impian dan harapan
dari semasa ke semasa..

dan aku melupakan apa yang bakal dihadapi selepas mati...
dan apa yang akan berlaku selepas aku dikafankan

Seolah-olah aku ni telah dijamin untuk hidup selamanya..
seakan mati tidak akan menemuiku..

dan telah datang padaku sakaratull maut yang ngeri,nah!
siapa sekarang yang mampu melindungiku?

aku melihat pada wajah-wajah..
apakah ada daripada mereka yang akan menebusku?

akan ku disoal apa yang telah aku lakukan di dunia
untuk menyelamatkan diri ini?

Maka bagaimana akan ku jawab setelah aku
mengabaikan urusan agamaku?

celakanya aku! Apakah aku tak mendengar 
ayat-ayat Allah yang menyeruku?

Adakah aku tak dengar apa yang telah 
diberitakan didalam surah Qaaf dan Yaasin?

Adakah aku tak dengar tentang hari dikumpulkan manusia,
hari perhimpunan dan hari ad-deen (qiyamah) ?

Adakah aku tak dengar panggilan ajal maut,menyeru dan menjemputku?

maka Ya Rabb! seorang hamba yang datang bertaubat,
Siapa yang dapat melindunginya?

Melainkan Tuhan yang maha luas pengampunanNya
dan yang membimbingku pada kebenaran

Aku telah datang padaMu maka kasihanilah
daku dan beratkan timbangan (kebaikan) ku...

Dan ringankan (percepatkan) hisabku kerana
Engkaulah yang terbaik dalam penghisaban

Dunia oh dunia, aku tahu aku tidak boleh membuang engkau dari sebahagianku, Ya Allah, ku mohon lindungi hatiku.
Amin...

~belladeone~ 23/3/2014 22:02

No comments:

Post a Comment