Tuesday, April 29, 2014

Disebalik lagu Biarlah Rahsia-Siti Nurhaliza


Hatiku, biarlah rahsia...cewahhhh (poyo habis)

pasai pa gambar ni aku pilih?pasai sama dengan gambo ambe..haha

Sejak dua menjak ni, suka benor dengar lagu-lagu lama Datok Siti ni. Meh nak bagitahu satu rahsia, dolu-dolukan, masa aku kecik dolu la, aku suka sangat ngan DCT ni, tak tahu la ape pasal, tapi aku suka la. Kan korang tahu kan, yang dulu-dulu ada name card la, sticker la, hahhh, semua aku order yang ada gambo DCT..bila ingat balik dah besau ni, buat aku ketawa sorang-sorang. 

Ada satu cite ni(yang ni yang terspecial), kawan aku kata, dia kenal DCT, katanya kakak angkat la.Aku pun excited gila dengar cerita dia kena bawak ngan DCT jalan-jalan la.Bla bla bla...(aku pun tak tahu la,betul ke idok citenya).Dia siap offer aku tulis kad raya bagi kat DCT yang kawan aku tu akan bagi sendiri kat DCT. Aku pun beria la tulis bagai nak rak,nak tulis tu punya la berhati-hati,ahaha...sampai saat aku tulis entry ni,aku boleh terbayang lagi waktu aku tulis kad raya kat DCT ni,kekeke.....then, bila dah siap,aku pun pass la kat dia di sekolah kebangsaan.2 minggu kemudian,baru dapat surat balas KATANYA dari DCT.Aku happy campur excited,tapi aku tak terus bukak surat tu,balik rumah baru aku bukak. Bayangkanla, aku baca sambil tersengih-sengih,tapi yang spoil mood aku bila aku tengok tang tandatangan dia. Aku macam syak lain macam je,awat tak sama macam dengan TT biasa dia.Sampai la ni,aku tak pernah tanya kawan aku tu betul ke DCT yang bagi kat aku,atau dia tipu aku. Kenapa aku tak tanya?sebab aku nak percaya yang DCT yang bagi.Kekeke...

Aku suka lagu ni sebab ada maknanya yang tersendiri. Pendapat aku, sesetengah bait-bait nya tak semestinya tentang cinta sahaja, boleh aplikasi dari aspek lain.That's why, kalau tengah stress, sometimes akan dengar lagu ni. 

Rupanya, ada kisah disebalik lagu ni. DCT yang tulis liriknya.
Jom baca explaination kat bawah ni,

Transkripsi bukan sekadar judul album terbaru Siti Nurhaliza. Malah Transkripsi membawa maksud Siti Nurhaliza melahirkan isi hatinya dalam bentuk teks.

Jadi album ini bukan album biasa. Malah bukan sekadar dimuatkan nyanyian merdu Siti Nurhaliza sebaliknya curahan hati terutama dalam lagu Biarlah Rahsia.
Lirik lagu ini ditulis sendiri oleh Siti Nurhaliza, bahasanya mudah, maknanya terang biarpun judulnya Biarlah Rahsia.  Hakikatnya di sebalik lirik ini adalah luahan rasa cinta seorang wanita bernama Siti Nurhaliza.

“Secara jujur memang Siti curahkan keinginan, rasa hati dan perasaan Siti melalui lirik lagu ini. Siti bukan tuju kepada orang media, tetapi kepada semua yang mengenali Siti. Siti mahu semua pihak memahami saya, kalau mereka memahami Siti, Siti tidak akan menjauhkan diri daripada mereka,” katanya yang semakin bijak menyusun kata dan frasa.


Kata Siti Nurhaliza, lirik Biarlah Rahsia ditulis dalam masa sehari. Jiwanya tenang dan lega selepas menyelesaikan transkripsi daripada suara jiwanya yang bahagia bercampur sedikit duka itu.
“Dalam kehidupan kadangkala sukar untuk kita menyatakan sesuatu. Siti lega selepas tulis lirik Biarlah Rahsia. Apa yang Siti hendak sampaikan Siti sudah tulis dengan terang dan Siti harap orang akan faham,” katanya.


Lirik Lagu Biarlah Rahsia – Siti Nurhaliza
Pernahkah kau bermimpi seketika
Berada di tempatku
Membayangkan pahit manis berlalu
Entah siapa yang tahu
Mungkin nanti kau jua merasakan
Berdepan dengan kata menyesakkan
Takkan tugumu kebal
Tiada pertimbangan
[Chorus]
Keheningan malam membangunkan
Kepayahan jiwa meluahkan
Andai kau jujur memahami
Tiadaku menjauhi
Dan kisahku yang masih panjang
Menambahkan berat yang memandang
Lantas ku pendam
Ku putuskan biarlah rahsia

Semakin aku hidup dalam cinta
Tiada kuasa mampu menghalangnya
Hentikan kata-kata
Bertulangkan dusta
[Ulang chorus]
Pernahkah kau bermimpi seketika
Berada di tempatku



Dear DCT, Saya tak pernah bermimpi dan tak nak bermimpi berada di tempat DCT. Sebabnya tempat DCT untuk DCT and so do I. We played our role. Just go with the flow.

22:23

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0514&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm#ixzz2x9jMPTk7
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment