Sunday, April 6, 2014

Syukur Alhamdulillah-Hamba Merdeka

Assalamualaikum w.b.t,

Sedang menonton satu babak dalam ali baba bujang lapok,tergerak hati untuk menulis entry "Hamba Merdeka"

Cerita ni setiap babak yang diceritakan ada pengajaran sama ada melalui sindiran ataupun nasihat secara terang. 

Antara  babak yang menarik minat aku ialah 

1) Orang Kaya Bakhil/Kedekut
Babak dimana Kassim Baba membawakan pembantu(Marjina) yang baru dibeli pada harga 1001 malam(ekeke), dan apabila isterinya Aloya menyuruh Marjina mengambil air di perigi Kassim Baba melarang sedangkan rumahnya banyak paip. Aloya dengan selambanya perli, macam mana nak ada air kalau bil berbulan-bulan tidak dibayar. Ada duit, tetapi KUDHUKUT lah. AMEK KAU Kassim Baba OKB Kedekut.


"Apelah.. kamu, hari-hari datang nak pinjam, hari-hari datang nak pinjam. Kamu tak ade malu ke? Pemalas! Ka tio bagdad tu tah dabi tus tak. Bia nang buti nang, kui buti kui, butai mie ti. Ka tir tom tom.." - Kassim Baba
"Kanda, bahase ape kanda cakap ni?" - Ali Baba
"Aku cakap bahasa aku ler!" - Kassim Baba


2) Walaupun hamba tetapi merdeka.

Lepas je scne kat atas, terus scene di perigi. Kalau korang ingat la, yang mana semua perempuan di perigi menyanyi sambil menari sambil-sambil tu basuh baju ada, isi air ada, mcam-macam lagi la.
Scene tu la kalau korang dapat digest yang sebenarnya Allahyarham P.Ramlee nak sampaikan walaupun mereka ni hamba tetapi mereka bahagia, ya, mereka masih mampu menikmati bahagia dalam erti kata mereka. Kalau kita selidik dan fahami betul-betul liriknya, beliau nak sampaikan yang manusia ini adalah hamba. Ya, HAMBA  ALLAH tetapi kita masih MERDEKA. Merdeka macam mana? Merdeka dalam menentukan cara hidup kita di dunia, jalan baik atau salah.Tetapi tunggulah pembalasan di akhirat kelak bagi yang memilih jalan yang salah. That's why kita kena gunakan MERDEKA ini dengan sebaiknya. Cuba kita jadi hamba manusia, tak ikut arahan tuan, TERUS kena pukul, dera dan macam-macam lagi. Ada manusia bagi ampun?tiada beb. FAHAM TAK?





SYUKUR ALHAMDULILLAH


Alhamdulillah syukur nikmat
Kepada tuhan yang memberi rahmat
Oh… oh…
Alhamdulillah syukur nikmat
Kepada tuhan yang memberi rahmat
Alhamdulillah syukur nikmat
Kepada tuhan yang memberi rahmat
Sungguhlah maha kaya Tuhan Yang Maha Esa
Kurniakan tiap insan nikmat yang bahagia
Walaupun kita semua menjadi hamba
Tapi merdeka hidup ria
Alhamdulillah syukur nikmat
Kepada tuhan yang memberi rahmat
Alhamdulillah syukur nikmat
Kepada tuhan yang memberi rahmat
Oh… oh…
Alhamdulillah syukur nikmat
Kepada tuhan yang memberi rahmat
Alhamdulillah syukur nikmat
Kepada tuhan yang memberi rahmat
Sungguhlah maha kaya Tuhan Yang Maha Esa
Kurniakan tiap insan nikmat yang bahagia
Walaupun kita semua menjadi hamba
Tapi merdeka hidup ria
Alhamdulillah syukur nikmat
Kepada tuhan yang memberi rahmat
Alhamdulillah syukur nikmat
Kepada tuhan yang memberi rahmat
Oh… oh…
* Alhamdulillah syukur nikmat
Kepada tuhan yang memberi rahmat
Alhamdulillah syukur nikmat
Kepada tuhan yang memberi rahmat
Ulang * sampai habis
Lagu: P. Ramlee
Lirik: P. Ramlee
Dari Filem: Ali Baba Bujang Lapok

Sampai sini dulu. 


~belladeone 6/4/2014 12:44~

No comments:

Post a Comment