Saturday, June 28, 2014

Mati itu pasti.


Assalamualaikum w.b.t,
On 24/6/2014, I lost my brother. He died at Hospital UiTM Sg. Buloh. Teringat kembali sewaktu mula-mula menerima berita mengenainya. Seakan tidak dapat menerima yang dirinya telah pergi buat selama-lamanya. Petang itu, terus bergegas pulang ke Selayang. Seusai tiba di sana, arwah sudah selamat di hantar ke rumah mak cik ku. Aku hanya memandang dari jauh pada mulannya, tetapi keesokkan harinya aku memberanikan diri untuk melihat dari dekat. Seolah-olah seorang yang sedang nyenyak tidurnya. Bila ku memandang wajahnya seolah-olah aku pasti arwah akan bangun kembali sedangkan dia sudah berada di alam yang tidak di batasi masa.

Melihatkan anak-anak saudaraku terutamanya yang bongsu berusia 8 tahun sudah kehilangan bapa, membuatkan ku bersyukur kerana aku masih mempunyai ayah,tempat untuk bergantung. Semoga akak iparku dan anak-anaknya tabah menghadapi ujian ini. 

Ada ketika,aku tertanya,mana pergi roh kita selepas kita meninggalkan jasad kita. Tapi,yang pasti, hanya amalan kita yang menentukan untung nasib kita di akhirat kelak. Sebab itu,ketika kita di dunia, kita perlu membuat banyak amal kebaikan untuk meraih redha Ilahi.





Kali pertama dan terakhir ku kucup dahinya. Show ur love with action every time we have the chance, not just words.

Selamat berpuasa bagi yang beragama islam. Semoga kita berjumpa malam 1000 malam dan dapat mengkhatamkan al-quran.

Sekian,wassalam. 
~Belladeone 23:21~




2 comments: