Thursday, June 19, 2014

Pertahankan diri anda. Dirimu begitu berharga


Kita hidup di zaman yang penuh kemodenan dan sangat mencabar terutamanya bagi seorang wanita. Wanita ni macam-macam nak kena fikir terutamanya maruah.Yezza, akhir-akhir ni banyak kita dengar kes rogol beramai-ramai yang aku terbaca kes yang terbaru dirogol oleh 30 orang. Aku baca tajuk je aku dah gerun,30 tu. macam mana this girl menjadi mangsa nafsu serakah 30 ekor ni.Haishhh, geram juga rasanya. 

Yes,aku tahu kita hidup di akhir zaman ni macam-macam perkara boleh berlaku,semuanya mustahil tak de yang tak mustahil. So, di sini aku nak bagi beberapa tips kepada wanita-wanita,anak-anak dara,kanak-kanak perempuan untuk mengelakkan diri anda menjadi mangsa rogol ni. 

1. biasakan bawa pisau multifunction seperti di bawah ni.
Letak pisau ni dalam handbag ke or dalam kocek seluar ke atau tempat yang senang nak capai la if berlaku emergency.Bagi yang bertudung, aku prefer untuk gunakan apa yang ada di pakaian kita.Contohnya, pin,kerongsang dan jarum yang korang guna untuk selandang, tudung fareeda, dan half moon korang tu, cucukkan je kat penjahat yang cuba nak apa-apakan korang.Selagi kita mampu lawan,kita lawan untuk lepaskan diri,then,yang selebihnya lari untuk mendapatkan bantuan.Korang jangan pulak nak lawan dia sampai niat nak mati,tak dan nya nak pukul sampai mati sebab apa?sebab tenaga mereka ni kuat,so cara paling senang kita pukul dia untuk kita dapat larikan diri.

2.Steering lock.(dalam kereta sahaja)
Kita selalu dengar jenayah ragut di dalam kereta,even artis pun kena,ye la kita ni orang perempaun suka letak handbag kat seat sebelah driver kan kan kan?macam la aku tak tau,aku pun buat..muehehe,tapi kalau aku ingat,aku akan letak di bawah seat. Tapi yang lebih nampak otainya,hehehe...aku letak steering lock ni dekat ngan my handbag di seat sebelah. Yess,as a protection. Apa guna sterring lock kalau tak boleh berkhidmat dengan tuan dia tak? =)

3.Belajar skill mempertahankan diri.
Part ni,kalau tak mampu nak belajar silat ke,taekwando ke,silambam ke,kung fu ke,wushu ke dan lain-lain memadailah belajar beberapa langkah seperti gambar yang aku letak di atas tu. Tak reti sangat nak buka langkah apa,buka je lah langkah seribu. 


Kat youtube pun banyak upload cara wanita untuk mempertahankan diri. Antaranya,
Dari Kamal Effendi

Yang ni awesome.Santriwati belajar wushu.Aku tengok pun wow,kaki buka 180darjah.Tak mampu den.

4.Banyak baca ayat kursi ketika keluar rumah dan setiap kali selesai solat fardhu.
Ini sangatlah membantu untuk menjaga kita di mana-mana kita berada.Ia juga boleh menjadi asbab kita menjaga pergaulan kita juga dengan ajnabi.

5.kahwin.
Rasa-rasa tak boleh jaga diri dari buat maksiat,baik je la kahwin.Ataupun korang rasa diri korang diancam oleh mana-mana lelaki,baik lah berkahwin dengan lelaki yang mampu melindungi anda. Insya-Allah semua selamat.Tapi ingat, niatkan kahwin kerana Allah itu lebih berkat.
(Pandai nasihat suruh kahwin,orang yang duk tulis ni pun tak kahwin-kahwin lagi,ekeke)(nasihat no 5 ni sangat lah poyo)

Aku rasa,tu je la tips yang aku boleh bagi dan kongsi dengan girls yang baca ni. Ingat, wanita ni paling banyak masuk neraka di akhirat nanti dan wanita jugalah yang paling ramai mengikuti dajjal di akhir zaman ini. Anda pilih lah yang mana terbaik untuk diri anda. Kalau nak elak dari ikut dajjal, senang je baca Surah Al-Kahfi setiap hari ayat 1-10 dan ayat 101-110.Niatkan untuk melindungi diri,insya Allah,Allah bukakan hati untuk menilai yang hak dan yang batil.

Akhir kata, jagalah maruah kita sebagai wanita, jika hilang apalah ertinya.

~Belladeone~ 23:27 19/6/2014










No comments:

Post a Comment