Thursday, June 19, 2014

Syafaat Nabi Muhammad s.a.w

Assalamualaikum w.b.t,

This article dah lama terperuk dalam draft but today I wanna share with public...

"sampaikan tentangKu walau sepotong ayat"

kredit to sumber asal

BAB 25 - MEREKA YANG PALING BAHAGIA DENGAN SYAFAAT  NABI MUHAMMAD saw.
  

Telah ddiriwayatkan oleh Bukhari dari Abu Hurairah bahawa dia telah bertanya kepada baginda Rasulullah, "Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling bahagia dengan syafaatmu pada hari kiamat nanti ?". Baginda bersabda, "Telah aku duga sebelum ini wahai Abu Hurairah, kamulah orang pertama yang akan bertanya soalan ini kepadaku kerana ingatan kamu yang sangat besar kepada hadis-hadisku. Orang yang paling bahagia dengan syafaatku dihari kiamat kelak ialah orang yang membaca 'LAILLAHA ILALALLAH......' dengan ikhlas dari batinnya ".

Diriwayatkan oleh Tirmidzi al-Hakim didalam kitabnya yang bertajuk "Nawadir al-Usul", dari Zaid bin Arqam bahawa Nabi saw. bersabda, "Barangsiapa membaca 'LAILLAHA ILLALLAH' ,  dengan ikhlas, maka ia akan masuk syurga". Seorang sahabat bertanya, "Apa yang membuktikan keikhlasan ?". Baginda menjawab, "Jika apa yang diucapkan (shadatai) itu boleh mencegahnya dari semua pekara yang diharamkan Allah ".



FAKTA  I:

Seperti yang telah disabdakan oleh Nabi Muhammad saw, dihari kiamat nanti manusia akan mengalami tiga kali ketakutan ketika mereka sedang diheret ke Neraka dengan menggunakan rantai-rantai. Peristiwa itu berlaku sebelum mereka dihadapkan kehadrat Allah untuk dihisab. Setiap kali memandang mereka, lidah api Neraka meluap-luap menjilat kesana kemari dengan ganas sekali dan mengeluar bunyi mendesis dan menangkap mereka. Ia tersangat marah seperti kemurkaan Tuhannya kepada mereka semua. Pada waktu itu mereka melutut dan berjatuhan disekitar Neraka. Mereka semamengnya tidak berdaya, bahkan sudah tidak mampu untuk menangis lagi. Orang-orang zalim berteriak menyesali nasib mereka yang sungguh malang. Kemudian kedengaran desiran api Neraka meluap buat kali kedua yang menambah rasa gerun dan takut dihati mereka. Kemudian kali ketiga desiran api Neraka itu yang menjilat, yang menjadikan mereka semua ketakutan luar biasa. Mereka menundukkan pandangan mata, tapi sekali sekala pandangan mereka melirik kearah Neraka itu yang sekejap lagi akan membakar mereka. Semoga Allah menyelamatkan kita daripadanya.

No comments:

Post a Comment