Friday, July 4, 2014

Amalan harian

Assalamualaikum w.b.t & salam ramadhan,

Sempena ramadhan ni, saya nak berkongsi sedikit ilmu yang saya dapat daripada pembacaan & pemerhatian di internet dan mendengar ceramah di radio bagi amalan seharian kita. Semoga bermanfaat untuk saya dan semua. Insya Allah.

1.Waktu pagi baca surah ad-dukhan dan surah al-waqiah,ada masa lebih bacalah surah Yasin dan 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir Surah al-kahfi.

Kelebihan Surah ad-dukhan, boleh baca shafiqolbu

 Surah Al-waqiah seperti yang kita tahu,sesiapa yang membacanya setiap hari,Allah akan menjauhkan kefakiran selamanya. Boleh rujuk sini.

Kelebihan surah yasin, baca sini

Sesiapa yang membaca 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir setiap hari, (lebih afdhal dihafal), akan terhindar dari fitnah dajjal. baca sini

2. Melakukan solat sekurang-kurangnya 40 rakat sehari (termasuk wajib dan sunat)
Yang ni aku dapat masa dengar IKIM fm, di sampaikan oleh Ustaz Amin atau nama penuh beliau ialah Muhamad bin Abdullah. Ustaz ni, aku panggil dia Ustaz Senyum sebab dia suka senyum,tenang dan bila bercakap penuh dengan lemah lembut dan perkataannya tersusun. Senang cerita memang suka la dengar ceramah beliau.

Mengikut kata Ustaz, kalau kita nak minta pertolongan dari Allah atau erti kata lain,nak doa kita dimakbulkan,kita digalakkan untuk melakukan solat sebanyak 40 rakaat sehari.
Kiraan dia macam ni, solat fardhu jika dikira, jumlahnya dah 17 rakaat. Lagi 23 rakaat adalah solat sunat.

Solat sunat sebelum subuh(solat sunat ni sangat bagus diamalkan), solat sunat dhuha,solat sunat sebelum dan selepas zuhur, sunat sebelum asar, sunat selepas maghrib dan sunat sebelum dan selepas isyak.Jumlahnya 16 rakaat. Ada lagi 7 rakaat.

7 rakaat yang digalakkan ialah solat sunat taubat,solat sunat hajat, solat sunat istikharah dan solat sunat witir 3 rakaat. Jadi jumlahnya, 9 rakaat.

Kalau di ikutkan dah terlebih 2 rakaat,tapi lebih baik terlebih dari terkurang.

Insya Allah,jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan istiqamah, segala hajat yang baik akan diperolehi.

3. Pada waktu malam sebelum tidur,baca Surah As-sajadah dan Surah Al-mulk.
kelebihan membaca surah As-sajadah dan Al-mulk sebelum tidur, baca fadhilat membaca surah as-sajadah

Sekian,dari saya.
Semoga bermanfaat
Lagi satu, kalau nak kita disayangi dan disukai orang lain,amalkanlah membaca surah Ar-Rahman. Insya Allah,orang akan sayang kita dan tak marah-marah dengan kita.
Sebabnya,waktu aku sekolah menengah dulu,ada satu pelajar nakal ni, dia ni suka buat hal kat sekolah, datang lambat la,tuang kelas la,macam-macam la mamat ni buat,tapi cikgu-cikgu nak marah dia payah,then ada satu ustaz ni tanya dia, "Awak ni suka baca Surah Ar-Rahman ke?. then dia pun jawab, "betula la tu ustaz,ada masa saya akan baca surah tersebut". Ustaz pun balas,"padan la semua orang sayang kau,walaupun kau ni nakal."... Kitaorang satu kelas gelak.



Sekian,wassalam....

~Belladeone  04072014 21:36~



No comments:

Post a Comment