Tuesday, July 22, 2014

Sun & Moon on 22/7/2014

 Assalamualaikum w.b.t,

Malam ni nak share sikit hobi baru saya, =) mengintai matahari, bulan dan bintang di langit...hehehe, 
hobi ni dapat masa baca satu status di fb falak online & laman web dia...

Sebenarnya,tengah tengok berkenaan dengan milky way,macam mana nak dapat gambar yang cantik and so on, tapi terbaca komen-komen yang mencadangkan guna google sky map sahaja,tapi tak real la,just tengok kedudukan mereka sahaja.Contohnya macam di bawah ni.

Not bad la as a starter macam aku ni.Sekarang tengah crazy tengok kedudukan bulan dan matahari,di ofis pun sempat jugak tengok,berpusing-pusing henset aku buat,ahahha,sampai sorang akak ofis pelik tengok aku duk memusing-musing henset... 

Buat masa ni, aku baru belajar kedudukan bulan dan matahari. Mereka tak duduk setempat sahaja,sentiasa bergerak. Later,nak learn pula tentang kedudukan bintang, kaitan dengan planet-planet lain. Ececeh,boleh join geng falakonline ni.

Sekali sekala,akauntan nak belajar juga benda lain selain kira nombor/duit ni.
09:10 am

22:56

Via google sky map..

Doakan umat islam di Gaza dan kemenangan berpihak kepada tentera Al- Qassam
~Belladeone 23:28~

No comments:

Post a Comment