Wednesday, August 13, 2014

Al-kisah anak murid dan home tutornya

My pencil case

F:Cikguuuu...saya nak huruf F(penscil case seperti gambar di atas),mananya cikgu?dari hari tu saya mintak cikgu tak bagi punnnn.(sambil buat muka sesen)

Me:Awak nak bagi siapa huruf F tu?Awek awak ke?hari tu mintak R.La ni,mintak F pula.Berapa banyak awek awak ni?

F:Awek saya la cikgu,siapa lagi...sekarang ni dah tukar cikgu,mula dengan huruf F pulak.Yang R dulu tu,best friend si F ni.Tapi saya gaduh dengan si R ni, saya couple dengan F la pulak.

Me:Amboi,banyaknya awek awak.Kecik-kecik dah pandai couple ek. Siap tukar macam baju. Berapa banyak awek dah?(haha,soalan curious ni)

F:Tahun ni je cikgu dah masuk tiga.Hari tu baru clash dengan yang kedua,lepas seminggu terus dapat awek baru. (sengih besar beb) Hebat tak saya cikgu?

Me:Yang jadi awek awak ni mata kero tak?(haha)

F:Eleh cikgu,mengaku je la yang saya ni hensem dan sayalah murid lelaki cikgu yang PALING HENSEM.Cikgu pun suka saya kan?mengaku je la. (dengan muka riak dan berlagak)-yang ni aku memang tak boleh tahan dah,aku gelak je mampu,nanti aku bagi ayat sampai menikam ke hati,merajuk pulak nanti.Low confidence dengan perempuan pula nanti.

Me:Kelakar la awak ni.Tak pernah cikgu jumpa student macam awak ni siap confident cakap cikgu suka awak.Awak tu baru 12 tahun tau,ramai lagi abang-abang hensem kat luar sana.Adeh la F.....Dah-dah,sambung latihan matematik awak tu. Matematik awak pun susah nak dapat A,macam mana cikgu nak suka awak.Cikgu suka lelaki yang pandai matematik tau.(kasi terbakar sikit).

F:Eleh cikgu,saya ni pandai matematik tau,cuma saya malas nak tunjuk depan cikgu je,tunggu UPSR saya nanti,confirm dapat A punya la.(muka confident je)

Me:Apa-apa la F...yang penting sekarang siapkan latihan tu,jangan nak melecong je lebih,macam la cikgu tak tahu awak nak mengelat buat latihan.

F:(Gelak besar)....Saya tak cakap,cikgu yang cakap

-macam la cikgu tak tahu F trick awak tu,dah basi kut.

~Belladeone 13/8/2014 22:43~

No comments:

Post a Comment