Saturday, August 16, 2014

Tunas by Hlovate

Assalamualaikum w.b.t,

Apa khabar kakak cantik dan abang kacak?hope everything fine and better. Tunas by hlovate.what I can say about this novel?hurmmm...cerita zaman sek. menengah but in this novel,kolej tunas sangat menarik dan absolutely,kita akan teringat balik zaman remaja kita. Sangat nakal dan genius mereka ni,addin,kucai,benz,fisha,magnificent seven,kurt,q'd dan ramai lagi. Kalau yang jenis nakal-nakal dan otak terlebih genius tu baca novel ni, memang kau akan ketawa sorang-sorang la.

Watak Addin Syah, perempuan tak macam perempuan,anti jiwang(fail bab jiwang karat), otak paling genius di kalangan student perempuan, berangan nak jadi robinah hood, suka ikut kepala sendiri sebab dia ada back up besar punya si kucai(her twin).Tapi even perangai begitu, dia suka tulis diari.Haha..korang ada diari?

Watak benz,part benz ni sekejap je,even tak banyak,tapi berjaya membuatkan hati Addin haru-biru.Seorang yang bijak,smoker,perangai ikut suka dia je dan suka Addin dalam diam(kantoi dengan kucai),dan mamat ni pun kira jiwang jugak la tapi cover line baik punya.(korang pernah buat?)

My fav part or scene yang lebih kurang sama waktu aku sekolah asrama dulu adalah flower day.Kolej tunas ada flower day which means hari bagi bunga pada orang yang kita suka atau sayang example kawan,awek,pakwe,admirer and so on.But kat asrama dulu,kitorang lagi advance bunga dan coklat lagi. Memang havoc la 2 minggu sebelum hari tu.Biro-biro dah announce sesiapa yang nak bagi coklat boleh jumpa akak sekian,sekian. Aspuri exco perempuan yang uruskan.Aspura exco lelaki yang uruskan.Jangan risau,kalau nak bagi kat admirer,info anda dirahsiakan,or kalau kita sendiri yang suruh tulis dalam kad tu,dyorang tulis la. Masa ni la satu asrama akan tau siapa the hottest boy and girl(the one who got most choc and flowers).Haha,every year akan bertukar the hottest boy and girl.A day before the day,exco-exco akan tampal senarai nama receiver dan berapa jumlah choc dan bunga kita akan dapat di asrama.This thing happened sampai aku form 3 je,sebab cikgu cikgi haramkan buat, atas sebab apa, aku kurang pasti. So,time my batch ruled the hostel tak berapa havoc sangat la sebab the law makin ketat.Sangat boring duduk di hostel,macam penjara beb.Haha...

Another part is part Addin tertinggal diary di library.Tang ni careless gila.Si Benz habis baca satu diary si Addin tapi memang tak mengaku la dia.Haha..dah la si Addin ni mengutuk si Benz dalam diary tu.Kantoi sudah.

Oh,lagi satu...aku rasa writer ni memang amik aliran sains tulen la,habis duk cerita tentang equation sains je dan maybe dia ni orang jawa sebabnya 2 perkataan yang dia guna "paman" dan "semedang".Tak pe,aku tunggu writer ada background akaun,havoc apa budak akaun.

Berapa bintang ek nak bagi?4/5 la.Sebab tak cerita sikitpun bab budak akaun. :p

Sekian.

p/s:tahniah pada yang dapat join Pulau Perhentian health screening project,aku lambat tahu..haha,nasib la.lagipun dah ada sejarah dengan pulau perhentian,datang sana,demam-demam.Aishhh,la ni pun demam,sakit tekak...plus lagi,aku tak nak tanned dah.Haha..

~Belladeone 16/8/2014 12:06~

3 comments: