Saturday, September 6, 2014

Majlis Perasmian Novel The Unsung Hero-Melur Jelita

 Assalamualaikum w.b.t,

Pagi ni sempat berkejar ke Perpustakaan Negara Malaysia untuk majlis pelancaran novel The Unsung Hero karya novelis kesukaanku,Kak Melur Jelita. Duduk je KL tapi pertama kali jejak Perpustakaan Negara Malaysia,muehehe..ada yang minta peta untuk jalan ke sana,siap kena perli sedangkan bangla pun tak sesat di Malaysia,apatah lagi orang Malaysia,tak de alasan untuk sesat di negara sendiri.ekekeke..den mintak tolong google maps je,sebab area situ tak biasa sangat..


Sekitar 9.30pagi sampai,disambut oleh pakcik pengawal yang baik hati siap bagi arah untuk letak kereta,setiap simpang ada je pengawal yang akan bagi direction,smooth je perjalanan...thumbs up brothers dan pak cik.

Keluar je dari kereta,tak tahu mana nak tuju dah,nampak lif terus masuk,ikut je la akak-akak cleaner ni turun kat tingkat mana-mana.Then,akak tu perasan aku ni macam first time datang,dia pun bagitahu yang ni ground floor,aku pun ikut la dia orang dari belakang.Then,nampak seorang staf ni,terus aku tanya arah nak ke auditorium,alhamdulillah tak sesat.

Sampai je di perkarangan auditorium,terus dapat ni.
Wow,hebat pelancaran novel the unsung hero ni,segala bunting ada.Tahniah Kak Melur,Karya Seni & Perpustakaan Negara Malaysia.

Masuk je auditorium, ramai yang dah sampai rupanya.Memang dahsyat penangan Kak MJ ni(pengaruh besar).Ada yang datang sekeluarga siap heret husband sekali.Bagus.Ada yang datang sendiri dan ada yang datang dengan kawan-kawan.Memang meriah kat dalam auditorium,nampak kak melur,ramai yang nak bersalam dan ambil gambar dengan Kak Melur.Den cukup la tahun lepas je,tak minat nak berebut ambil gambar ni(padahal kalau ada peluang,mahu grab jugak)


masa ni tengah tunggu VIP datang,tak de kerja ambil gambar kasut ;p

Sekitar 10.30 pagi,majlis pun bermula.Ketibaan VIP PNM,Penerbit Karya Seni,Kak MJ dan THE LIVING LEGEND Komando VAT 69.




 Majlis bermula dengan nyanyian Negaraku dan diikuti bacaan doa.Kemudian, deklamasi puisi oleh Kumpulan The Lasykar karya Allahyarham Dato' Usman Awang "Melayu Itu Orang Yang Bijaksana".
Awesome performance!!!


Kemudian,ucapan dari Kak Melur.Malu-malu kucing kat atas pentas. =)


Kemudian,sedutan mengenai Komando Very Able Trooper VAT 69. Bab Lahad Datu,dah ramai mula meleleh air mata.Kanak-kanak pun nangis beb.It shows that it is a superb video.

Selepas itu, ucapan dari Timbalan Ketua Pengarah PNM dan seterusnya merasmikan pelancaran berkenaan.


 Gimik ni yang best,mereka buat real punya.Dapat la tengok komando-komando ni secara live.Yang 3 orang atas pentas tu di bawa khas dari Ulu Kinta.

Cerita tentang VAT ni,aku ada la search sikit mengenai mereka,mak aiiii,training dyorang sangatlah keras,aku nengok pun tak sanggup,separuh vid je aku tengok,tak lalu makan,simpati pun ada jugak. Tapi itu yang mereka mahu,then face it.What to do.~THE REAL HERO~

 DATANGMU TAK DIUNDANG, PULANGMU TAK DIHALANG....BALIK JIKA RAGU

War chant a.k.a gayung perang VAT 69 ok la layan.

VAT 69 history channel


Dan berakhir sudah majlis.Kemudian diadakan sesi jualan novel dan pameran-pameran.

belum apa-apa dah beratur panjang nak beli novel.Untung dah beli online,siap habis baca dah.Tak payah stress nak beratur,tapi yang kureng syokkknya dapat sign atas nama salam jelita..Aikkk,sejak bila nama salam pulakk?ish3...dan ada la sempat singgah pameran manuskrip melayu lama dan polis dan VAT 69.

the end of event.


sedikit sinopsis The Unsung Hero

sinopsis The Unsung Hero

inilah bayangan Irvan,Debak,Deraman a.k.a Hero(Nur Muhammad Irvan)...James Franco

bayangan Kak Melur Tun Maryam Keumalahayani..masa depan Irvan (Aom Sushar)

Inspektor Riyaz.(yang ni aku tak kenal)



the end merepek,sedap lagi makan kerepek
~Belladeone 06092014 21:44~

No comments:

Post a Comment