Thursday, September 11, 2014

Muhasabah Malam Jumaat


Assalamualaikum w.b.t,

Malam ni nyaman dan tenang,relakskan minda walau kusut dengan masalah.Moh le kita dengar sedikit kisah di dalam satu hadis. Sumber,boleh baca sini 

Dari Abu Zaid iaitu Usamah bin Zaid bin Haritsah radhi-allahu 'anhuma, katanya : "Saya 

mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : "Akan didatangkan seseorang lelaki pada hari 

kiamat, kemudian ia dilemparkan ke dalam neraka, lalu keluarlah isi perutnya - usus-

ususnya, terus berputarlah orang tadi pada isi perutnya sebagaimana seekor keldai 

mengelilingi gilingan. Para ahli neraka berkumpul di sekelilingnya lalu bertanya : "Mengapa 

engkau ini hai Fulan? Bukankah engkau dahulu suka memerintahkan kepada kebaikan dan 

melarang dari kemungkaran?" Orang tersebut menjawab : "Benar, saya dahulu 

memerintahkan kepada kebaikan, tetapi saya sendiri tidak melakukannya, dan saya 

melarang dari kemungkaran, tetapi saya sendiri mengerjakannya." (Muttafaq 'alaih) 

Sekian...


Sedih pelajar saya kena reseat paper,parents siap luah perasaan pada saya.Tak terluah dengan kata-kata.Diharap dijadikan iktibar untuk semua tidak kira pelajar,guru sekolah,cikgu tuisyen,ibu bapa dan pihak bahagian pendidikan.

~Belladeone 11/9/2014 2315~

No comments:

Post a Comment