Friday, October 3, 2014

As above so below

Assalamualaikum,

Anyone yang dah tonton filem as above so below?I dapat free ticket for two sebab beli lebih kot masa tonton Nasi Tangas.Orang dah bagi free,ambil je la kan. Filem ni I tonton dengan anak saudara I.Tau tak masa masuk panggung tu,kami berdua je dalam tu.I dah seram dah,mana taknya panggung sikit punya besar,tapi yang tengoknya berdua ja.Selang 15 minit pertama cerita mula,baru la ada yang masuk.Itupun tak ramai,total semua yang tengok dalam 12 orang sahaja(semua perempuan). Dah la cerita suspen plus seram.

For me,cerita ni lebih kurang cerita Lucy tapi Lucy lebih kepada ilmu tasawuf yang mana I sendiri tak reti nak explain pada orang lain,I pun siap orang bagi pencerahan dulu tentang Lucy baru boleh tonton,kalau tak susah sikit la nak faham apa yang Hollywood ni nak sampaikan. Lucy ni cerita tentang ilmu tasawuf tapi telah dimodenkan dan dibaratkan,thats why jalan cerita penuh dengan simbolik,dan yang paling tak berkenan eksploitasi wanita dalam cerita ni.Kejam sungguh. Kalau dalam Matrix mereka boleh guna Keanu Reeves,why tak for this film too.

Berbalik kepada filem ini,Cerita ni mengenai pencarian harta karun yang tertanam bawah Eiffel tower,si Scarlett ni fanatik sangat dengan harta karun ni.Dia lebih kepada nak tahu sama ada harta karun ni wujud ke tidak,cerita ni mitos atau benar wujud. Maka dia pun memulakan pencariannya bersama rakan-rakan yang lain. Harta karun yang ada adalah emas dan batu sakti(Flamel stone)(ikut cerita ni boleh sembuhkan penyakit).
mulakan pencarian melalui terowong lama di Paris.Ikut cerita ni di bawah Menara Eiffel terdapat satu perkuburan yang menyimpan berjuta mayat which they called it "catacombs".


Part ni mereka dah jumpa kubur/tempat bersemadi Nicholas Flamel yang mana terdapat emas dan the stone.Kat sinilah baru mereka sedar yang emas tu cuma perangkap.Luckily,all of them still alive selepas satu runtuhan kecil di situ.Another babak di sini,Scarlett ni beritahu apa yang kita nampak di luarannya, itulah yang ada dalam dirinya(Apa yang kita nampak di atas,begitulah juga yang berlaku di bawah,apa yang terzahir di luaran kita,itulah dalaman kita)


Bahagian permulaan cerita,one of her team,interview Scarlett mengenai dirinya.Dia ni fasih beberapa bahasa,mungkin 4-5 bahasa.


Bermulanya pengembaraan yang dahsyat(terowong neraka). "Abandon all hope, ye who enter here" (tengok tulisan di atas terowong)dalam bahasa Greek.The tomb placed over hundreds feets from surface.

Selepas melalui jalan yang penuh azab,akhirnya mereka dapat keluar jugak dari situ,dari 6 orang ekspedisi bermula,yang tinggal cuma 3 orang sahaja. 

klik sini untuk sinopsis cerita

iklan pesanan sekejap dari Pak habib

Ada maksud yang Hollywood nak cuba sampaikan di sini.Satu,memang ternyata jelas berkenaan kubur,emas dan batu Flamel. Dua, maksud disebalik penceritaan ini.Apa yang aku nampak, mereka nak beritahu tentang hakikat hidup kita di dunia.


Apa tujuan kita hidup di dunia?adakah untuk bersenang-lenang sahaja?mengumpul harta sebanyak yang mungkin untuk kemewahan diri?menikmati dan bersuka-ria sahaja?Ia terserah kepada setiap individu.

Tetapi jika kita adalah seorang muslim,kita wajib tahu apa tujuan kita hidup di dunia. Tidak lain dan tidak bukan beriman kepada Allah.Sebagaimana dalam Surah Adz-Dzaariyaat ayat 56 yang berbunyi:
                                         "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia
                                            melainkan supaya mereka menyembah-Ku” 

Kiasan dalam cerita ni,si Scarlett ni hanya ingin mencari kebenaran,kalau anda dah tonton filem ini,di akhir filem ini,ada perbualan begini:What are you looking for? Scarlett jawab:I'm looking for truth.

Dalam mencari kebenaran, banyak rintangan dan halangan yang perlu kita tempuhi,yang kita rasa susah sangat nak lalui,rasa tak mampu nak lalui ujian-ujian hidup di dunia ini.

Contoh paling mudah begini.Seseorang yang bertaubat contoh bertaubat dari zina,arak,judi,membunuh,tidak mudah diterima oleh masyarakat kembali,dia pasti akan dipandang serong.Jadi,dia harus buktikan yang dia benar-benar sudah bertaubat. Meraih kembali kepercayaan seseorang itu bukan mudah,melainkan orang itu berhati lembut.

Contoh lain,seseorang yang baru kembali kepada agama islam a.k.a muallaf,banyak ujian yang dilalui ketika mula-mula memeluk islam.Penerimaan keluarga,rakan-rakan,saudara-mara,masyarakat sekeliling,yang mana sesetengahnya memang tersangat menguji keimanan kita. 

Sebab itu dalam filem ini,setiap kali dia memilih untuk terus berjalan ke hadapan mencari jalan 'keluar', jalan-jalan yang dilalui begitu sukar sehingga kita rasa nak berpatah balik,sedangkan di akhirnya sangat indah(yang itu kita tak nampak).Hanya dengan sabar,yakin dan mengakui kelemahan diri akan membawa kepada jalan 'keluar'.Bahagian akhir filem ini,sebelum mereka menemui jalan keluar,mereka kena 'mengaku dosa-dosa mereka yang lalu'.bak kata Scarlett,we must fix it,only then we can find way out. paham ke tak ni?kalau tak sampai maksud,maaf la.

Ok,another part yang me suka adalah tentang Flamel stone.Scarlett ambil batu tersebut dari tempat asalnya sebab mengikut mitos batu tersebut bersifat sakti.Pada mulanya,ia dapat menyelamatkan seorang anggota kumpulannya dari kecederaan,tetapi apabila teman tapi mesra(boyfren) dia yang cedera,batu tersebut tak boleh nak sembuhkan,jadi si Scarlett ni rasa ada sesuatu yang tak betul yang dia telah lakukan,jadi dia patah balik pergi ke tempat bersemadi tadi,dan letak semula batu tersebut.Akhirnya,dia tahu bahawa dirinya adalah 'the stone'.-Kiasan pada babak ni,pada pandangan me,mereka nak beritahu yang manusia ni lah keajaiban,bukan batu tersebut.Diri kita dan hati kita. Yang me kurang faham,kenapa melalui 'kissing' boyfren dia,boyfren dia terus sembuh?Boleh jadi 'kissing' tu bermaksud hati yang bersih atau kasih-sayang.Bahasa mudahnya begini, hanya hati yang ikhlas mengasihi sesama manusia mampu mengubati hati-hati yang 'sakit'.(Entah betul ke tidak)


Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,-Surah Al-Insyirah ayat ke-5.

akhirnya,mereka jumpa jalan keluar,tapi tak pasti mereka berada di mana,sama ada masih di Paris atau tempat lain(yang ni sedikit geram,awat tak bagi klu langsung)

Kesimpulannya,melalui jalan kebenaran itu memang sukar dan banyak susah dari senangnya,namun akan manis akhirnya.

Sekian pendapat saya mengenai filem ini.Ia hanyalah satu pandangan tahap tadika dari saya yang masih lagi merangkak dalam mencari ilmu.Salah silap,sila tunjuk ajar.

Sekian.
                                      




~Belladeone 03102014 22:33~

Post ni sangat sukar untuk di upkan kerana kemalasan yang agak tinggi ditambah setiap kali nak menaip,ada sahaja halangan.Akhirnya,siap juga. =)




2 comments:

  1. Salam. Saya berminat nak tahu lebih lanjut tentang movie lucy dr sudut tasawuf. Harap cik dapat berkongsi :) tq

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam,Diyana. Maaf,saya tak dapat cerita lebih lanjut mengenai Lucy dari sudut tasawuf,kerana saya bukanlah seorang yang ahli mengenainya.Kalau Diyana sudah tonton cerita ni,ia berkaitan penggunaan otak manusia biasa hanyalah 10% sahaja.Apa yang dipaparkan hanyalah simbolik terutamanya berkenaan pil.Disebabkan 'pil' tersebut meresap ke dalam badan Lucy,dia ada kelebihan menggunakan otaknya sehingga 100%.Di akhir cerita,Lucy ada sebut "I am everywhere", tolong JANGAN percaya bahawa dia ada dimana-mana,ia hanyalah simbolik.
    Selebihnya, carilah mursyid untuk belajar tasawuf. =)

    ReplyDelete