Tuesday, December 23, 2014

Pesanan seorang ibu


Assalamualaikum w.b.t,

Ada sekali pada tahun ni,saya telah pergi ke Yayasan Al-Jenderami untuk menghadiri maulid bulanan yang diadakan.Tak silap selepas raya.Saya pergi bersama seorang kakak ofis. Kami sampai sebelum maghrib.Jadi,sebelum masuk waktu,kami telah menziarahi seorang mak cik yang tinggal di dalam kawasan berkenaan.Saya lupa nama dia.Beliau pun menjemput kami masuk ke rumahnya,kira datang beraya juga la.Hehe...

Kami pun borak tentang keluarga-keluarga yang duduk di jenderami ni. Macam-macam kisah saya dengar,kebanyakkannya dari golongan berada dan banyak membantu membangunkan jenderami.Alhamdulillah.

Tengah syok borak,tiba-tiba keadaan jadi senyap.Beliau pandang kami berdua,dengan nada lembut beliau bagi nasihat pada kami.Nasihatnya,jagalah ibu tak kira macam mana keadaan pun.Kita dah kahwin pun(as a woman), kena ambil berat ibu kita,hulur lah duit pun walau sedikit manapun.Jenguklah dia walau sekejap pun.Jagalah dia walau sakit teruk mana sekalipun.Jika adik-beradik kita tak nak jaga,biar kita yang jaga dia.Sentiasa bersabar dengan karenah dia walau macam mana pun kemahuan dia,selagi tidak melanggar syara'.Beliau pun cerita,kisah beliau sewaktu muda dulu.Beliau menyesal sebab tak jaga,tak jenguk dan tak hulur duit pada ibunya.Beliau kata, bagaimana kita layan ibu kita sewaktu kita muda dulu,begitulah nanti kita akan dilayan oleh anak-anak kita dan menantu kita.(Allah,sebak saya waktu itu).Bila dah tua ni, baru dia faham,apa yang ibunya lalui sewaktu dulu.Dia redha dengan ketentuan hidupnya.Beliau kata,balasan seorang anak itu,di dunia pun kita akan dapat.Jika kita melayani ibu kita dengan baik sewaktu kita muda,maka begitulah kita nanti dihari tua.Beliau juga bercerita berkenaan satu keluarga ni,seorang mak cik di situ,keluarganya sangat bahagia,anak-anak,menantu sentiasa ambil berat akannya.Anak-anak sentiasa bergilir menjaga  mak cik ni.(Sayu je dengar.Masa ni beliau pandang kami mata ke mata.Dari matanya turun ke mata hati kami.Kami faham apa yang beliau cuba sampaikan)

Dan lagu di atas berkenaan dengan ibu bapa.Dengarlah lagu itu sambil memandang wajah/gambar ibu bapa/ibu dan bapa mertua kita.Tak rasa sayu,tak tahu la nak cakap apa.

Ya,mak cik.Saya ingat pesan mak cik sampai sekarang.Jika boleh,saya akan ingat selagi saya bernafas di bumi ini.

Terima kasih Allah kerana menemukan saya dengan mak cik ini.Semoga beliau sentiasa di bawah RahmatNya.

~Belladeone 23122014 22:35~

No comments:

Post a Comment