Monday, December 15, 2014

Petua hilangkan bengkak jari kaki

Assalamualaikum,

Malam ni nak perturunkan tips sikit menghilangkan bengkak jari kaki.Yang jadi pada me disebabkan accident motor,ibu jari kaki kanan bengkak sekali ganda.Allah je tau azab nak jalan,aihhh, kalau dikenang mau menitis air mata.

Cara yang tukang urut ajar senang je,ambil 1 biji bawang merah kecil/ setengah biji bawang besar,tumbuk sekali dengan halia dan bam,u know balsem?tau kan? me buat on 1st night accident.Tukang urut nak urut, me tak bagi,sebab tak tahan sakit,mau jugak kena sepak...hehehe, itu kita panggil tindakan refleks..kekekeke

Ok,then,kita gaul kasi sebati dan letak kan disekeliling jari yang bengkak dan balut dengan kain kecil supaya tak berselerak bila bangun.Letak sebelum tidur dan selepas solat isyak ya kawan-kawan.Berdosa tau tinggal solat.Hahaha...For me,I letak pukul 11 malam,lepas solat dan memang nak tidur dah masa tu.

Nak pesan sikit,malam tu memang korang tak boleh tidur punya sebab tempat tu berdenyut-denyut je beb macam nadi dah, tau tak.Setengah jam pertama belum terasa lagi,hang tunggu la masa tengah dibuai mimpi,masa tu la baru terasa betapa sakitnya jari kaki anda. Setiap minit terasa denyutnya, sebab apa? dia nak bagi bengkak jari cepat surut. Kena tahan sakit banyak la kalau nak cepat surut bengkak.

Memang malam tu me tak boleh tidur,sikit-sikit terjaga.Sakit sangat,tekap muka kat bantal,jangan kasi jerit satu rumah,nanti diorang ingat kena sampuk pulak.kikiki...Alhamdulillah esok paginya, bengkak surut walaupun bukan 100%.Hari ketiga, 90% recover.Cuma tulang ibu jari tak boleh bengkok sangat,kena rajin exercise ibu jari kaki baru boleh bengkokkan. Selepas 4 tahun,mestilah dah fully recovered kan. Tak tahu cara bawa motor sekarang,suruh pun tak nak.

Sayangilah diri anda.Ingatlah orang yang tersayang.

Sekian,celoteh untuk malam ni.

~Belladeone 15122014 21:59~

No comments:

Post a Comment