Sunday, August 2, 2015

Apa itu fenomena "Blue Moon" a.k.a Bulan Biru


Assalamualaikum & selamat malam,

Pada 31 Julai 2015 bersamaan hari Jumaat,yang mana hari menandatangani TPPA yang tak tahu apa keputusannya sama ada Malaysia setuju atau tidak,adakah negara anggota lain setuju & sign juga?Bila sampai masa,rakyat akan tahu juga termasuklah saya.

Ok,back to topic...Bulan Biru ni apa?saya pun baru berjinak-jinak dengan dunia falak dan fenomena alam ni.Jadi,saya letakkan sedikit penerangan berkenaan Blue Moon ni.sumber dari: falakonline.net

Syarat berlakunya Blue Moon:
1.berlaku dalam semusim iaitu 3 bulan yang mempunyai 4 kali bulan penuh/purnama.

seperti sekarang,bermula dari 15 Syaa'ban 1436 Hijrah/3 Jun 2015 bulan penuh=pertama
pada 15 Ramadhan 1436 Hijrah/2 Julai 2015 bulan ke-2 penuh
pada 15 Syawal 1436 Hijrah/31 Julai 2015  -bulan ke-3 penuh dipanggil blue moon
pada 15 Zulkaedah 1436 Hijrah/ 30 Ogos 2015 -bulan ke-4 penuh

nampak tak 4 kali bulan penuh dalam tempoh 3 bulan iaitu dari Jun hingga Ogos 2015?

sekarang dah faham apa yang dipanggil Blue Moon?
bagus murid-murida saya ni cepat faham...hihihi

TETAPI,di sebelah barat mereka lebih suka memahami fenomena Blue Moon bilamana berlaku 2 kali bulan penuh dalam tempoh 1 bulan...

untuk penerangan yang lebih jelas,wajibkan diri anda baca huraian di bawah.




Blue Moon merupakan isitilah yang cukup popular di laman-laman sosial. Begitu banyak variasi cerita dan meme telah muncul sana-sini, yang mana ada yang betul, dan ada yang kurang tepat.
InsyaAllah artikel ringkas ini akan menceritakn sedikit berkenaan dengan fenomena Blue Moon

Betul ke Bulan menjadi biru?


Fenomena Blue Moon ini bukanlah bermaksud warna Bulan itu menjadi biru! Anggapan itu agak mengelirukan ramai orang, dan ramai mula tertanya-tanya dan takut tak tentu pasal.
Secara umumnya, Blue Moon ada 2 maksud yang popular.

Maksud Pertama – Fasa Bulan purnama yang kedua muncul, dalam satu-satu bulan kalendar.


Contohnya, dalam bulan Julai 2015 ni, ada 2 kali fasa bulan purnama berlaku:
  • 2 Julai 2015
  • 31 Julai 2015
Screen Shot 2015-07-30 at 1.18.20 PM
Jangan rasa pelik pulak. Kita kena ingat, dalam sebulan kalendar masehi/miladi.. ada 30 atau 31 hari dalam sebulan (kita tolak dulu 28 hari tu).
Dalam bulan Hijri, ada 29-30 hari dalam sebulan.
So, AKAN ADA SATU TARIKH di mana fasa Bulan Purnama jatuh pada awal bulan, dan 29 atau 30 hari kemudian , sekali lagi Bulan Purnama dalam bulan yang sama.
Jadual di timeanddate.com ada menyenaraikan tarikh fasa-fasa bulan utama.

Sejarahnya


Al-kisahnya, seoarang peminat astronomi James Hugh Pruett telah menulis sebuah artikel dalam majalah Sky And Telescope pada tahun 1946 (errr… ni memang sebelum merdeka tau).
Dia tersilap faham dan mengatakan fasa bulan purnama yang kedua dalam satu-satu bulan kalendar, ialah Blue Moon.
Kesilapannya telah diperbetulkan kemudian, namun terlambat kerana ia dah tersebar ke seluruh dunia!
Zaman dulu pun ada viral gak!
Mungkin sebab istilah ini senang sebut dan agak popular, maka ia melekatlah sampai hari ini.

Maksud Kedua – Fasa Bulan Purnama yang ke-3 dalam satu-satu Musim atau Astronomical Seasons.


Ok, ni nak faham pening sikit. Kita tengok slow-slow.
Dalam setahun kita ada 4 musim
Satu musim ada 3 bulan.
So, kalau gitu, dalam masa 3 bulan tu, akan ada 3 kali fasa bulan purnama. Itu memang logik dan senang nak faham.
Ok, kemudian kita kena ingat yang sebulan dalam kalendar masehi/miladi ini ada 30 atau 31 hari. Maka, AKAN ADA SATU KETIKA, fasa bulan purnama yang KEEMPAT akan wujud dalam jangka waktu MUSIM YANG SAMA.
So…. bila Blue Moon nya?
Jawapannya ialah fasa Bulan Purnama yang KETIGA
ARghhhhhhh… tak faham!
Ok. ok cuba tengok bawah ni. Katalah dalam SATU MUSIM PANAS, bermula dalam JUN, JULAI , OGOS.
Senario 1:
Screen Shot 2015-07-30 at 1.18.07 PM
Dalam bulan Jun = Fasa bulan purnama berlaku pada pertengahan bulan
Dalam bulan Julai = Fasa bulan purnama berlaku pada pertengahan bulan
Dalam bulan Ogos = Fasa bulan  purnama berlaku pada pertengahan bulan
Ok, tu semua fahamkan. 3 bulan = 3 fasa purnama
Kemudian akibat jumlah hari dalam sebulan Hijrah kurang 1 atau 2 hari berbanding sebulanMasehi/Miladi.. so lama-kelamaan fasa bulan purnama tu akan bergerak ke awal bulan… sampailah dia jadi begini
Senario 2
Screen Shot 2015-07-30 at 1.18.13 PM
bulan Jun = Fasa bulan purnama berlaku AWAL bulan
bulan Julai = Fasa bulan purnama berlaku AWAL bulan
bulan Ogos = Fasa bulan purnama berlaku AWAL bulan
DAN
bulan Ogos = Fasa bulan purnama berlaku SEKALI LAGI pada HUJUNG bulan
Jadi kita nampak, pada senario ke-2 di atas, fasa bulan purnama yang berlaku pada AWAL bulan Ogos itulah yang digelar Blue Moon
OOOooooOoOoooooO

Mana satu yang betul?


Berdasarkan timeanddate.com , definisi yang betul ialah yang KEDUA iaitu  Fasa Bulan Purnama yang ke-3 dalam satu-satu Musim atau Astronomical Seasons.
Cuma yang PALING POPULAR ketika ini ialah definisi yang PERTAMA iaitu  Fasa Bulan purnama yang kedua muncul, dalam satu-satu bulan kalendar.

Kesimpulan


Maka, jelaslah di atas, istilah BLUE MOON tiada ada kena mengena dengan perubahanwarna fizikal Bulan ketika itu.
Ia hanyalah gelaran terhadap fasa bulan purnama yang memenuhi definisi-definisi yang diterangkan di atas.
Namun, tidak mustahil bulan boleh berubah menjadi warna biru.
Syaratnya kena ada debu-debu halus yang bersaiz 0.7 micron yang terapung-apung di udara.
Bila benda tu boleh berlaku? 
Ia boleh terjadi apabila ada berlakunya letusan gunung berapi. Contoh yang pernah berlaku ialah ketika Gunung Krakatoa. Indonesia (1883). El Chichon, Mexico (1983), Gunung St. Helens (1980) dan Gunung Pinatubo (1991).
Oleh itu, diharapkan janganlah sebarlah maklumat yang tak betul, meme yang pelik-pelik. Berhujahlah dengan maklumat yang betul.
Bak kata guru Falak saya,  “Belajar Berilmu!”
~Belladeone 02082015 21:51



No comments:

Post a Comment