Wednesday, December 30, 2015

Part menarik dalam novel The Unsung Hero-Wira Yang Tidak Didendang

LEAVE NO MAN BEHIND!!!



THE UNSUNG HERO-WIRA YANG TIDAK DIDENDANG BY MELUR JELITA 

Lokasi:Rahsia
Misi:Sulit

Hero berdiri gagah dalam dentuman kilat dan petir.

Berdepan dengan seorang lagi lanun yang sedari tadi hanya berdiri memerhati.Daripada caranya berdiri saja, Hero sudah dapat mengagak, lelaki di hadapannya bukan sembarangan. Dia kelihatan tidak goyah langsung melihat pertarungan ngeri tadi.

Mungkin ini assassin, detik hati Hero.

Daripada angin yang membadai kuat, Hero sudah dapat menghidu.Ini pertarungan sebenar, satu lawan satu.Tadi hanya umpan yang ditaburkan kepadanya sahaja.Jelas lelaki ini sangat pintar.Dia hanya memerhati. Menganalisis skil,gerak, kelemahan dan kekuatan Hero. Lawannya bukan sembarangan.Hero harus lebih cermat.

Ketika ini,lelaki itu sudah membuka langkah.Sangat cantik!Daripada gaya kakinya terpasak ke pasir dan cara dia memegang senjata, dia memiliki kemahiran yang tinggi dalam taktikal dan seni mempertahankan diri. Double agent II, pisau kecil tetapi sangat tajam sehingga boleh menghiris dan menceraikan isi badan dan silap-silap, boleh terpotong tulang dari tubuh. Rupa seperti kerambit tetapi dengan bentuk yang lebih moden dan efisien...untuk membunuh dengan lebih pantas!

Pisau komando bertarung dengan kerambit lanun!

Dengan dentuman guruh dan curahan hujan lebat, pertarungan sengit sedang berlangsung. Sukar untuk meneka siapa yang akan kalah kerana kedua-duanya sama handal dan tangkas. Senjata saling dihunus dan dilibas,percikan darah menyimbah pasir.Pisau Hero tercampak dilibas dengan sepakan padu daripada lelaki itu. Sepantas kilat itu juga lelaki itu menerkam dengan kerambit yang dilibas hampir ke muka Hero. Hero menahan tangan musuh sehingga terduduk melutut.

Tenaganya hampir kehabisan kerana bertarung sekian lama. Peluang itu digunakan oleh musuh untuk menekan mata kerambitnya semakin hampir ke mata Hero.Tindakan yang sangat tak lelaki digunakan oleh Hero. Dia menggigit sekuat hati tangan lanun dan tindakannya itu menyebabkan lanun itu terjerit kesakitan.Sekelip mata, Hero mengambil kesempatan, memusingkan tangan lelaki itu ke arah lehernya sendiri.

Terbeliak mata lelaki itu.Darah bersemburan dari batang tenggoroknya.Dia terduduk melutut,kaku buat seketika,tumbang.

Hero turut tergeletak di atas pasir.Kehabisan tenaga.Sesak nafas dengan mata yang pedih menahan air hujan. Titisan yang kasar dan lebat seperti tikaman jarum halus yang jatuh dari langit.Tajam dan pedih kulit mukanya.

Bunyi yang aneh menyebabkan Hero menoleh ke arah pantai. Beberapa susuk tubuh muncul kemudian semakin dekat.hati-hati sekali gerombolan itu mendekat dengan senjata yang diacu ke depan, kiri dan kanan.Tubuh yang bergelimpangan dilangkah mereka.

"Hero!"seru satu suara dan berlari menerpa ke arahnya.

Kepala Hero dipangku dan mereka saling senyum penuh kesyukuran.

"Kau datang semula Rhino?"
"69 takkan meninggalkan rakannya di belakang."

Rhino membantu Hero berdiri.

"Clear Encik!"lapor Slash.
"Clear!" lapor Panther.
"Clear!" lapor Falcon.
"Clear!" lapor Volcano.
"Gerak sekarang!" arah Rhino.

Muka Hero terseringai menahan kesakitan.
"Kau boleh jalan?"
"Boleh,tapi rasanya aku lebih suka digendong.." balas Hero,mengada.

Pantas Rhino menggendong Hero.Sambil berjalan dengan beban di belakang,Rhino bersuara,:Kau legend.A one man army.Kau berjaya tewaskan berpuluh lanun seorang diri."

"Legend dalam debu aje la.Dunia tak perlu tahu pasal kita."
...................................................................................................
KOMANDO 69

SEKUEL NOVEL THE UNSUNG HERO:THE ONE-YANG TERUNGGUL
NANTIKAN AKSI YANG LEBIH MENDEBARKAN





dapatkan novel ini-wassap Puan Zurina di 016-2442727

~Belladeone 30122015 21:45~

No comments:

Post a Comment