Tuesday, January 5, 2016

Petikan menarik dalam The Unsung Hero-Wira yang Tidak Didendang


THE UNSUNG HERO By MELUR JELITA
Hampir ranap bangunan itu dikerjakan mereka.Bersorak ganas dengan kejayaan itu.Musuh pasti tewas. Tiada tanda ada makhluk yang terselamat. Sesusuk tubuh yang tinggi & tegap berdiri di hadapan. Semua tertegun.
Makhluk apakah ini?
Manusia atau jembalang?
Hero tegap tanpa gentar.
Walau dalam samar malam dan kelebatan air hujan,mereka dapat merasakan getaran di dada. Getaran kengerian sendiri...seakan malaikat maut sedang merenung.
"Vat 69!" seru ketua lanun dengan lantang. Soalan itu menyebabkan pengikutnya sendiri menggelabah.Berpandangan sesama sendiri sambil menggenggam erat senjata masing-masing.Pisau,pedang,M16, Glock dan sebagainya.
Tetap tegak.
Mata ketua lanun dan pengikutnya segera meliar.Mengawasi jika ada lebih dari seorang Vat 69.Menyebut namanya pun sudah ketar lutut,apalagi melihatnya berdiri di hadapan.Gementar satu badan.
Persetan dengan semua mitos.Vat 69 hanyalah manusia biasa seperti aku juga!
"Aku cabar kau!Kita beradu satu demi satu!Jika kau berjaya menghalang pedang aku terkeluar dari sarungnya sebanyak tiga kali,aku lepaskan kau!"Tanpa amaran, ketua lanun menyerbu ke arah Hero sambil tangannya menarik pedang keluar dari sarung.Seperti kilat,Hero melayang di udara dengan sebelah kaki yang lurus tepat ke tangan ketua lanun. Dia berjaya menolak dengan keras tangan ketua lanun menyebabkan pedang yang separuh terkeluar termasuk semula ke dalam sarung.
Cubaan kedua ketua lanun mengeluarkan pedang berjaya ditampan oleh Hero dengan menendangnya jatuh ke pasir. Pedang tetap tidak berjaya keluar. Kali ketiga, pedang hampir berjaya dicabut dari sarungnya apabila dengan lincah, sekali lagi Hero berjaya menyiku kekura tangan ketua lanun dan pedang termasuk semula ke dalam sarungnya.Pergerakan yang sangat pantas,
Hero menjauhkan diri.Tetapi dasar lanun!Mana ada lanun yang menepati janji?Pedang dihunus keluar dan tikaman bertubi-tubi dihadiahkan kepada Hero.Tangkas Hero melompat dan menangkis.Pisau komando dicabut dan betapa tidak adilnya,pedang samurai beradu dengan pisau yang hanya dua jengkal?
Sekelip mata,sarung pedang berjaya dirampas oleh Hero,tusukan kilat pedang samurai ke tubuhnya disambut dengan lincah oleh sarung pedang.Pedang terhunus lurus semula ke dalam sarung!Tepat!
.........................
SEKUEL THE UNSUNG HERO:THE ONE-YANG TERUNGGUL
KEPADA ALLAH,AKU ADUKAN SUSAH DAN SEDIHKU


Buku yang menarik untuk dibaca

No comments:

Post a Comment