Wednesday, January 20, 2016

Puasa


Assalamualaikum,

Siapa hari ini puasa?Tahniah.Puasa ganti mungkin.Puasa sunat mungkin.Puasa sebab nak kurus mungkin.Hihi

Puasa adalah satu amalan yang baik.Kenapa kita wajib berpuasa selama sebulan di bulan ramadhan?Nak jawab dari segi agama,saya kurang arif,tapi sebagai seorang muslim saya wajib berpuasa kerana ia adalah ibadah wajib setiap muslim kecuali yang diberikan keringanan.

Tapi dari segi kesihatan,apa yang saya nampak pada diri saya adalah yang pertamanya saya mula mengamalkan makan secara sedikit sahaja.Selepas bulan ramadhan yang lalu,2 bulan pertama,saya boleh makan dengan kuantiti yang sedikit sahaja.Makna kata,nak makan lebih-lebih tu susah.Perut automatik akan menolak makanan jika saya makan berlebihan.Automatik akan berhenti.Selalu selagi boleh suap,nak suap jugak.(jangan ikut,tak baik)

Yang keduanya,jika saya mengamalkan makan dalam kuantiti yang sedikit,saya dapati badan saya semakin sihat.Kurang sakit,kurang mengantuk,rajin.

Dan rupanya,ada juga bukan islam turut berpuasa di bulan ramadhan contoh seperti Soo Winci.Beliau berpendapat dia akan lebih fokus sewaktu sedang berpuasa.Ajaib kan puasa?

Jadi,selepas bulan ramadhan,saya mula mewajibkan diri saya berpuasa sunat isnin-khamis atau sekurang-kurangnya 3x sebulan bagi mengekalkan kesihatan saya.Dan itu pun saya rasa tak cukup,jika boleh,asal isnin-khamis je nak puasa.Dan kalau boleh,seminggu 4 hari puasa,3 hari je tidak.Ekeke.Sebabnya,saya dapati,saya lebih aktif & perut lebih stabil ketika berpuasa.Stabil bermaksud,tidak terlalu lapar & tidak terlalu kenyang.Just nice la orang kata. (This is what I really looking for)

Tetapi dengan syarat,mestilah bersahur pada waktu pagi,setangah jam sebelum azan,jika saya,saya mengamalkan vitamin C,madu & kurma (jika ada),atau makanan yang ringan sahaja.Itu sudah memadai.Dan saya tak boleh makan makanan berat di waktu bersahur,sebabnya saya akan menjadi sangat ngantuk & malas & lapar sepanjang hari.This is I really hate it. Apapun,bergantung pada individu,ada yang kena makan berat,maklumlah jika dia bekerja berat.

Setakat ini sahaja perkongsian saya mengenai puasa.Sebarang teguran, tegurlah dengan cara yang berhemah.

Sekian,terima kasih.


~Belladeone 20012016 22:06~

No comments:

Post a Comment