Monday, January 4, 2016

Selamat Tahun Baru



KEPADA IBU BAPA PENYAYANG DI LUAR SANA
Beberapa jam lagi tahun baru akan menjelma. Tiada apa yang nak disambut bagi mereka yang kurang berada kerana ada yang kena VSS, barang makin naik, ekonomi makin gawat dan macam2 lagi.
Saya tau gundahnya hati kalian. Tapi saya nak habaq,
1. bacalah surah Al Nasr sebanyak 9x setiap pagi di muka pintu sebelum keluar rumah untuk bekerja.
2. Peluk cium anak isteri
3. Pandang muka anak isteri semasa mereka tidur
4. Yakinlah setiap rezeki anak isteri sudah tertulis. Kita hanya perlu berusaha.
5. Sedekah sedikit kepada orang yang kita temui setiap hari. Tak perlu tunggu kaya untuk bersedekah. RM1 pun cukup. Sebuah senyuman pun sudah memadai.
6. Rajinlah berjemaah walau di mana saja terutama di masjid. Sebelum keluar, selitkan sedikit duit di tabung masjid. Tak kisah banyak atau sedikit, asalkan ikhlas.
7. Bila hati rasa sedih, beristighfarlah...
8. Bila banyak hutang, beristighfarlah...
9. Bila kesempitan, beristighfarlah...
10.Beristighfar...beristighfar...beristighfar...dalam apa keadaan, dalam semua keadaan. Lazimkan diri.
11. Setiap kesusahan pasti akan datang kemudiannya kesenangan. Setiap kesusahan pasti akan datang kemudiannya kesenangan.
12. Rezeki biar sikit asal berkat. Hati tenang, keluarga bahagia.
* Yang senang lenang tu tolong duduk diam2. Tak perlulah lukakan hati mereka yang tidak mampu ni dengan kata2 jangan buat anak. Awak kaya tu pun Allah yang bagi. Kalau Allah nak tarik nikmat tu sekejap je!Jangan takbur sangat! Semuanya milik Allah.
Tiada satupun milik kita walau sebaris nama.
Ayuh, hadapi Tahun Baru ni dengan hati yang tiada ragu!
Allah pergantungan kita!

Selamat Tahun Baru!!!

kredit to:FB Puan Melur Jelita

No comments:

Post a Comment