Wednesday, March 2, 2016

ALLAHYARHAM ASP ZULKIFLI BIN MAMAT DALAM KENANGAN

ALLAHYARHAM ASP ZULKIFLI BIN MAMAT DALAM KENANGAN
Saat-saat sebelum berlepas ke Lahad Datu
Bismillah...
Sekadar menjawab pertanyaan.
Sebenarnya berat untuk saya upkan satu lagi post mengenai Allahyarham. Ia bukan sesuatu yang mudah apabila membabitkan kehilangan. Tetapi oleh kerana ramai yang mesej inbox saya dengan pertanyaan:
1. Siapa dia ni?
2. Meninggal sebab apa?
3. VAT 69 tu apa?
4. Apa kes di Lahad Datu?
5. Kenapa ramai sedih?
6. Hanya seorang polis yang mati, dunia belum berakhir.
7. Awak ni siapa?
8. Awak bukan polis maka jangan tulis pasal polis.
9 Dan banyak lagi soalan sensitif yang menyebabkan saya sedar bahawa masih ramai rakyat Malaysia yang tidak ambil peduli tentang apa yang berlaku. Saya tidak salahkan mereka.
1. Orang yang anda panggil dia ialah Allahyarham Asp Zulkifli bin Mamat, seorang hero yang terkorban dalam Ops Daulat pada 1.3.2013 di Lahad Datu, Sabah.
2. VAT 69 adalah satu2nya komando dalam PDRM. VAT 69 salah satu special forces dalam pasukan keselamatan selain dari GGK, PASKAL DAN PASKAU (ATM).
3. VAT 69 ditubuhkan pada 23 Oktober 1969 untuk membanteras pengganas komunis.
4. Seorang polis yang mati? Anda silap. Kita kehilangan 8 orang anggota dan pegawai polis, 2 orang tentera semasa Ops Daulat. Kita juga telah kehilangan beribu polis, tentera dan rakyat dalam mempertahankan tanah air.
5. Awak ni siapa?
Saya bukan siapa2. Hanya seorang suri rumah dan seorang ibu.
6. Benar, saya bukan polis. Saya tulis pasal polis atas rasa tanggungjawab untuk pengetahuan orang2 seperti anda.
7. Novel THE ONE adalah sambungan THE UNSUNG HERO. Tentang kasih sayang dan kecintaan kepada keluarga dan negara. Dalam The One mmg ada cerita pasal Ops Daulat dan pertempuran pada 1.3.13 tetapi tidak secara detail atas sebab2 keselamatan.
Operasi bersepadu oleh VAT 69, GGK, TIGER PLATOON, PGA, TUDM dan ramai lagi.
Kisah pengorbanan dan semangat para pejuang tanahair terutama VAT 69 dalam menjaga kedaulatan negara.
Bacalah novel ini untuk mengetahui kehebatan para pejuang tanahair kita.
Novel ini dilancarkan di KEM PGA BRIGED UTARA pada 24 Oktober 2015 sempena HARI ULANG TAHUN VAT 69 KE 46. Dihadiri oleh Mantan Komander Vat 69 Dato Azizan , Dato Fisol komander Vat 69 dan Dato Muzri Penerbit Karya Seni.
Alhamdulillah999x novel ini mendapat kedudukan nombor satu dalam carta terlaris MPH.
8. Saya tau THE UNSUNG HERO & THE ONE bukan novel yang sempurna tetapi sekurang2nya ada buku yang mengisahkan tentang VAT 69 dan pasukan keselamatan lain dari tiada langsung.
9. Allahyarham Asp Zulkifli meninggalkan seorang balu, dua anak lelaki dan seorang bayi dalam kandungan.
10. Puan Noor Aziah melahirkan seorang anak lelaki pada 6 Oktober 2013. Anak yang tidak pernah dilihat dan melihat arwah ayahnya diberi nama Aqib Syahid.
11. Menurut Noor Aziah, Aqib Syahid banyak mewarisi sikap arwah.
12. Jika tiada simpati kepada arwah, balu dan anak2 yatim tersebut, tolonglah jangan berkata sesuatu yang melukakan hati. Dan para pejuang ini pun tidak meminta simpati anda. Pemergian mereka ke medan perang ikhlas. Perjuangan mereka ikhlas!
13. Buruk2 pasukan keselamatan pun, merekalah yang berada di barisan hadapan untuk mempertahankan anda dan keluarga anda!
14. Tiada apa lagi yang mampu saya katakan. Sesungguhnya menulis tentang VAT 69 dan pasukan keselamatan negara selalu membuat saya tercekik dalan kepiluan.
15. Satu penulisan yang bukan mudah untuk seseorang yang berjiwa sentimental seperti saya. Tiada ilmu penulisan. Tiada latar belakang polis.
16. Alhamdulillah niat saya untuk mengabadikan penghormatan kepada VAT 69 secara khusus dan pasukan keselamatan negara secara umumnya berjaya dimakbulkan Allah dengan kerjasama VAT 69 dalam novel THE UNSUNG HERO & THE ONE.
17. Sila sms atau wasap Zurina 016 244 2727 jika berminat. Terima kasih
Al fatihah untuk Allahyarham Asp Zulkifli dan semua yang terkorban dalam perjuangan mempertahankan negara dari dulu hingga sekarang. RIP untuk mereka yang lain.
Semua pasukan keselamatan HERO KITA! Bangga dengan mereka.







No comments:

Post a Comment